Wednesday, April 14, 2010

PERATURAN SEPAK TAKRAW

PERATURAN PERTANDINGAN TAKRAW


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1,2 Selain daripada peraturan permainan yang dinyatakan, maka pertandingan ini akan mengikut undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua keputusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil pertandingan.

1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berdasarkan Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia ( PSM ).

1.3.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.

2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan seorang ( 1 ) Pengurus Pasukan serta lapan ( 8 ) orang pemain senior dan empat ( 4 ) orang pemain veteran/eksekutif.

3.0 SISTEM/FORMAT PERTANDINGAN

3.1 Susunan permainan adalah seperti berikut :-

3.1.1 Regu satu ( 1 ) - Senior
3.1.2 Regu dua ( 2 ) - Veteran
3.1.3 Regu tiga ( 3 ) - Senior




3.2 Perlawanan akan dijalankan berdasarkan sistem kiraan mata yang baru iaitu 21 mata bagi setiap set. Jika berlaku seri selepas dua (2 ) set maka perlawanan penentuan akan dijalankan melalui “tie break “.


4.0 SYARAT-SYARAT LAIN

4.1 Semua pasukan hendaklah memakai pakaian seragam ( jersey ). Adalah dilarang memakai barangan perhiasan ( cincin, jam dll ) yang boleh mendatangkan bahaya kepada pemain lain.

4.2 Jika seseorang pemain gagal memasuki gelanggang permainan lima ( 5 ) minit selepas panggilan pertama diumumkan maka perlawanan itu dianggap batal.

4.3 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil pertandingan.

4.4 seseorang pemain yang mengalami kecederaan atau kejang otot semasa perlawanan akan diberikan masa lima ( 5 ) minit untuk rawatan. Masa rawatan tambahan tidak akan dibenarkan bagi kecederaan selanjutnya.

4.5 Tunjukajar ( coaching ) dari pengurus Pasukan atau orang luar adalah dilarang semasa perlawanan berlangsung.

4.6 Keputusan Pengadil pertandingan adalah muktamad. Bagaimanapun, seseorang pemain boleh merayu kepada Pengadil Kehormat mengenai undang-undang permainan sahaja.

4.7 Keputusan Pengadil Kehormat terhadap segala perbalahan mengenai undang-undang permainan jika berbangkit semasa pertandingan adalah muktamad.


5.0 PERALATAN

5.1 Bola yang akan digunakan adalah jenama Gajah Emas 501 jenis “Syntetic”

No comments:

Post a Comment