Wednesday, April 14, 2010

PERATURAN CARROM

PERATURAN PERTANDINGAN KAROM


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Undang-undang permainan adalah mengikut undang-undang karom yang biasa dimainkan di pertandingan Peringkat Kebangsaan.

1.3 Penyertaan pemain-pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diterima oleh Jawatankuasa Penganjur.

2.0 FORMAT PERTANDINGAN

2.1 Setiap zon dibenarkan untuk mendaftar dua ( 2 ) pasukan iaitu :-

2.1.1 Satu ( 1 ) pasukan lelaki
2.1.2 Satu ( 1 ) pasukan wanita

2.2 Setiap pasukan hendaklah terdiri dari seorang Pengurus Pasukan dan lapan ( 8 ) orang pemain.

2.3 Pertandingan secara berpasukan akan dibahagikan seperti berikut :-

2.3.1 Tiga ( 3 ) perseorangan
2.3.2 Dua ( 2 ) beregu

2.4 Pertandingan akan dijalankan serentak mengikut pasukan seperti di para 3.1.

2.5 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam satu-satu pertandingan samada secara perseorangan atau beregu.

3.0 PERINGATAN KEPADA PENGURUS PASUKAN

3.1 Jika seseorang pemain gagal menghadirkan diri di tempat permainan lima ( 5 ) minit selepas panggilan diumumkan maka perlawanannya dianggap batal.

3.2 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan meja permainan tanpa mendapat kebenaran daripada pengadil pertandingan.

4.0 SYARAT-SYARAT

4.1 ‘Striker’ tidak disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Pemain perlu menyediakan ‘striker’ sendiri.

4.2 Pertandingan dijalankan tanpa “ Seed “ merah. Seed merah akan dikeluarkan oleh pengadil selepas pukulan pertama.

4.3 Striker pemain hendaklah boleh masuk ke dalam ke empat-empat poket melalui permukaan papan karom.

4.4 Striker pemain mestilah menyentuh kedua-dua garisan UFUK ( Double Line ) ketika membuat pukulan.

4.5 Striker pemain mestilah menutupi bulatan penuh ( Full Moon ), tetapi tidak boleh menyentuh garisan “ ARROW “ kiri atau kanan pemain.

4.6 Striker pemain tidak boleh diuji semasa pertandingan sedang berjalan.

4.7 Striker tidak boleh ditukar semasa pertandingan sedang berjalan kecuali pada set berikutnya.

4.8 Hanya pergelangan tangan sahaja dibenarkan berada di atas bingkai papan karom tetapi tidak memasuki permukaan papan karom semasa membuat pukulan.

4.9 Siku atau badan pemain tidak boleh melebihi garisan “ Arrow “ samada kiri atau kanan pemain semasa membuat pukulan.

4.10 Kerusi tempat duduk pemain tidak boleh diubah atau dialihkan semasa hendak membuat pukulan.

4.11 Seed yang terpelanting keluar dari permukaan papan karom hendaklah diletakkan di tengah bulatan.

4.12 Seed yang terpelanting keluar dan terkena tangan pemain, lalu jatuh ke atas permukaan papan karom adalah dikira keluar dan perlu diletakkan di tengah bulatan.

4.13 Jika striker masuk poket sedangkan kedua-dua pihak masih maksima sembilan ( 9 ) seed, tiada denda dikenakan.

4.14 Denda satu ( 1 ) seed dan hilang giliran bila memasukkan seed dan striker serentak ke dalam poket, kecuali seed yang terakhir.

4.15 Denda satu ( 1 ) seed dan hilang giliran sekiranya masuk striker ke dalam poket.

4.16 Mana-mana seed yang menyentuh “ Arrow “ dikawasan sendiri adalah seed mati. Denda satu ( 1 ) seed dan hilang giliran sekiranya memukul seed yang sedia mati dengan tidak “ connection “.

4.17 Pemain-pemain dilarang mengganggu konsentrasi pihak lawan dengan apa cara sekalipun semasa dalam permainan.

4.18 Dalam acara beregu, perbincangan dengan pasangan adalah dibenarkan hanya apabila tiba giliran pasangan tersebut.

4.19 Segala kesulitan/masalah semasa pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

4.20 Keputusan pengadil adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment