Wednesday, April 14, 2010

PERATURAN RAGBI

PERATURAN PERTANDINGAN RAGBI


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan Am Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Kali Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang dinyatakan ini peraturan dan undang-undang disepanjang pertandingan adalah mengikut undang-undang Ragbi Antarabangsa Dan Peraturan Am Kesatuan Ragbi Malaysia.


2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain-pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Dan Pertandingan.

2.2 Setiap pasukan hanya dibenar mendaftar pemain tidak lebih dari 9 orang sahaja.

2.3 Pendaftaran pemain hendaklah dikemukakan kepada pengadil perlawanan 15 minit sebelum setiap pertandingan dimulakan.


3.0 SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Jika sesuatu pasukan menarik diri dari satu perlawanan, pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan ini keseluruhannya.

3.2 Sistem permainan dijalankan secara liga.

3.3 Perkara 1& 2 setiap pasukan akan ditentukan secara pengundian.









3.4 Pasukan yang menang ditentukan berdasarkan :-

3.4.1 Pasukan yang mempunyai mata tertinggi setelah mengharungi 3 perlawanan.

3.4.2 Tempat kedua, ketiga dan keempat ditentukan berdasarkan kepada jumlah kutipan mata.


4.0 PENENTUAN KEPUTUSAN


4.1 Mata kemenangan adalah seperti berikut :

4.1.1 Menang 3 mata

4.1.2 Seri 1 mata

4.1.3 Kalah 0 mata


4.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan mengikut sistem berikut :-

4.2.1 Pasukan yang mendapat perbezaan skor dikira pemenang

4.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor dikira pemenang

4.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira pemenang

4.2.4 Jika masih seri, pasukan yang mendapat pungutan (I) gol (II) Try (III) Gol Penalti dan (IV) DROP Goal terbanyak akan diambil kira

5.0 SEPAKAN PENALTI

5.1 Pasukan-pasukan akan mengambil sepakan penalti mengikut giliran selang seli di garisan 22 meter.

5.2 Hanya pemain-pemain yang bermain dan berada dalam padang semasa masa tambahan dibenarkan mengambil sepakan penalti.







6.0 MASA

6.1 Masa untuk sesuatu perlawanan ialah 10 minit-rehat 1 minit- 10 minit (10-1-10)

6.2 Jika sesuatu perlawanan terpaksa diberhentikan kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan dan perlawanan itu telahpun dijalankan melebihi 15 minit, maka keputusan itu akan diambilkira.


7.0 PERLAWANAN AKHIR

7.1 Masa perlawananakhir ialah 10 minit – rehat 1 minit – 10 minit

7.2 Jika berlaku seri selepas tamat perlawanan masa tambahan 10 minit sehala akan diberikan, jika masih seri, peraturan 5 akan digunakan.


8.0 PAKAIAN

Pasukan yang bermain dikehendaki memakai jersi yang berlainan warna sepanjang perlawanan.


9.0 PERTUKARAN PEMAIN

Dua ( 2 ) pemain simpanan boleh ditukarkan dalam satu-satu perlawanan termasuk masa tambahan.


10.0 PEGAWAI PERTANDINGAN

Pegawai pertandingan adalah terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh Kesatuan Ragbi Perlis dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Malaysia.


11.0 PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Jawatankuasa Pengelola berhak meminda, mentafsir perkara yang disiarkan dalam undang-undang/peraturan-peraturan pertandingan dan keputusan adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment