Wednesday, April 14, 2010

PERATURAN PING PONG

PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan permainan yang dinyatakan, maka pertandingan ini akan mengikut Undang-Undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ITTF.

1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan seorang ( 1 ) Pengurus Pasukan dan Sebelas ( 11 ) orang pemain.

2.3 Pertandingan berpasukan akan dijalankan mengikut susunan seperti berikut :-

2.3.1 Perlawanan Pertama - Perseorangan Lelaki
2.3.2 Perlawanan Kedua - Beregu Wanita
2.3.3 Perlawanan Ketiga - Beregu Veteran
2.3.4 Perlawanan Keempat - Beregu Lelaki
2.3.5 Perlawanan Kelima - Beregu Lelaki

2.4 Seseorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam sesuatu pertandingan samada acara perseorangan ataupun beregu.


3.0 SYARAT-SYARAT

3.1 Semua pemain hendaklah berpakaian warna zon masing-masing kecuali pakaian berwarna kuning atau orange tidak dibenarkan semasa pertandingan.

3.2 Jika seseorang pemain gagal memasuki gelanggang permainan lima ( 5 ) minit selepas panggilan pertama diumumkan maka perlawanan itu dianggap batal.

3.3 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan meja permainan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil pertandingan.

3.4 Pemain tidak dibenarkan menukar bola ping pong tanpa mendapat kebenaran daripada pengadil pertandingan.

3.5 Pemain dibenarkan mengambil minuman dengan kebenaran pengadil pertandingan semasa permainan berlangsung.

3.6 Tunjukajar ( coaching ) dari Pengurus Pasukan atau orang luar adalah dilarang semasa perlawanan berlangsung.

3.7 seseorang pemain yang mengalami kecederaan atau kejang otot semasa perlawanan berlangsung akan diberi masa lima ( 5 ) minit untuk rawatan. Masa rawatan tambahan tidak akan dibenarkan bagi kecederaan selanjutnya.

3.8 Keputusan Pengadil Pertandingan adalah muktamad. Bagaimanapun, seseorang pemain boleh merayu kepada Pengadil Kehormat mengenai undang-undang permainan sahaja.

3.9 Keputusan Pengadil Kehormat terhadap segala perbalahan mengenai undang-undang permainan jika berbangkit semasa pertandingan adalah muktamad.


4.0 PERALATAN


4.1 Seseorang pemain mestilah mempunyai Bat Ping Pong sendiri mengikut syarat seperti berikut :-

“ The side of racket to strike the ball must be covered with rubber approved by ITTF. A point is lost if the side of the racket which not covered eith rubber is used to strike the ball “.


4.2 Bola ping pong dari jenis Nitaku 3 bintang berwarna kuning akan digunakan sepanjang kejohanan dan disediakan oleh Jawatankuasa Pengajur.

4.3 Perlawanan akan dijalankan berdasarkan sistem kiraan mata yang baru iaitu 11 mata. Kemenangan akan ditentukan berdasarkan “ best of five sets “.

No comments:

Post a Comment