Wednesday, April 14, 2010

PERATURAN BOWLING

PERATURAN PERTANDINGAN BOWLING


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung maka pertandingan ini akan mengikut Undang-Undang Kongres Bowling Tenpin Malaysia ( NTBC ) dan FIQ.


2.0 PENYERTAAN

2.1 Setiap zon dibenarkan menghantar 2 pasukan terdiri dari :-

2.1.1 Satu pasukan lelaki ( 1 Pengurus dan 6 Pemain )
2.1.2 Satu pasukan wanita ( 1 Pengurus dan 6 Pemain )

3.0 FORMAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan berpasukan ini akan dijalankan mengikut acara dan susunan seperti berikut :-

3.1.1 Beregu ( two team event )
3.1.2 Empat Sepasukan ( four team event )

3.2 Setiap acara akan dijalankan sebanyak 10 ‘games’ dan terbahagi kepada 2 siri iaitu 5 ‘games’ ( 50 frames ) bagi setiap siri.

3.3 Undian akan dijalankan bagi menentu ‘lane’ pasukan yang akan bertanding.

3.4 Setiap pasukan akan mendaftar pemain-pemain bagi setiap acara (event). Tidak dibenarkan sebarang pertukaran pemain antara acara (event) sebaik sahaja pertandingan dimulakan. Senarai pemain untuk siri 2 adalah sama dengan senarai pemain pada siri 1.

3.5 Peraturan 3.1, 3.2 dan 3.3 adalah merangkumi bagi pasukan lelaki dan wanita.




3.6 Jika seseorang pemain hadir selepas perlawanan telah bermula atau tidak dapat meneruskan permainan atas sebab yang tidak dapat dielakkan dengan kebenaran Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan, ‘blind score’ akan diberi bagi ‘game’ yang berkenaan seperti berikut :-

3.6.1 Lelaki : 100 jatuhan pin
3.6.2 Wanita : 80 jatuhan pin

3.7 Pasukan dikira menang berdasarkan Jumlah Besar jatuhan pin terbanyak bagi Acara Bergu dan Acara Empat Sepasukan.


4.0 PERATURAN/ETIKA PERMAINAN BOWLING

4.1 Semua pasukan diwajibkan berada di dalam gelanggang 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

4.2 Jika pemain memasuki gelanggang pemain 15 minit selepas panggilan pertama diumumkan, maka perlawanan dianggap batal.

4.3 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang permainan tanpa kebenaran daripada pengadil.

4.4 Tunjuk ajar daripada pengurus atau orang luar adalah dilarang semasa perlawanan berlangsung.

4.5 keputusan pengadil adalah muktamad. Bagaimanapun pemainboleh merayu kepada pengadil mengenai undang-undang permainan sahaja.

4.6 Kasut bowling pemain hendaklah kering. Kasut yang basah adalah merbahaya (elakkan memakai kasut bowling apabila ke tandas).

4.7 Elakkan menyapu ‘resin’ atau ‘bedak’ pada tapak kasut.

4.8 Pemain hendaklah bersedia apabila anak panah menunjukkan giliran nama pemain yang berkenaan.

4.9 Pemain dikehendaki memberikan laluan kepada pemain yang berada diatas ‘lane’ (kiri atau kanan) untuk menghabiskan permainan mereka sebelum pemain melangkah ke “approach”.

4.10 Jikalau terdapat dua orang pemain yang berada di atas “approach” pemain yang berada disebelah kanan haruslah membuat balingan dahulu.




4.11 Pulang ke “approach” selepas membuat balingan. Elakkan melintas ‘lane approach’ yang lain kerana ini akan mengganggu pemain yang lain.

4.12 Pemain dilarang menghempaskan bola ke atas ‘lane’ kerana ini akan merosakkan ‘lane’ dan permainan.

4.13 Semasa tidak membuat balingan pemain hendaklah duduk di kawasan tempat duduk pemain yang dikhaskan.

4.14 Permainan akan dijalankan secara ‘cross lane’ sepanjang pertandingan dijalankan.

4.15 Pemain dilarang membuat bising kerana ini akan mengganggu pemain lain.

4.16 Pemain dikehendaki memulangkan (meletakkan) semula bola bowling ke rak bola selepas menghabiskan permainan kecuali bola sendiri.


5.0 PENENTUAN KEMENANGAN

5.1 Kemenangan Pasukan

Johan dan Naib Johan bagi keseluruhan kategori lelaki dan wanita adalah seperti di para 3.7 iaitu jumlah jatuhan bagi kedua acara (beregu dan empat sepasukan) untuk pasukan tersebut.

5.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment