Wednesday, April 14, 2010

PERATURAN BOLA JARING

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang dinyatakan ini peraturan atau undang-undang disepanjang pertandingan ini adalah mengikut undang-undang Bola Jaring Antarabangsa ( IFNA 10983 - 1987 )

1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua kejadian am akan dinyatakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil pertandingan.

1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada undang-undang Bola Jaring Antarabangsa ( IFNA ).

1.3.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.


2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain-pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.2 Setiap pasukan hanya dibenar mendaftarkan 11 orang iaitu :-

2.2.1 Seorang ( 1 ) Pengurus,
2.2.2 Seorang ( 1 ) Jurulatih,
2.2.3 Sepuluh ( 10 ) orang pemain.

2.3 Pendaftaran pemain hendaklah dikemukakan kepada pengadil perlawanan 15 minit sebelum setiap pertandingan dimulakan dengan menggunakan borang yang disediakan.





3.0 SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Masa pertandingan ialah 20 minit bahagian pertama, masa rehat tidak melebihi 15 minit ( kecuali dengan izin pengadil ) dan 20 minit bahagian kedua.

3.2 Jika sesuatu pasukan menarik diri dari satu perlawanan, pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan ini keseluruhannya.

3.3 Setiap pasukan dikehendaki berada di padang 5 minit lebih awal pada setiap kali perlawanan bermula. Lima belas ( 15 ) minit akan diberi untuk masa kelewatan. Jika tamat masa itu sesuatu pasukan tidak hadir dengan sekurang-kurangnya 5 pemain, pasukan itu dikira batal.

3.4 Masa hilang disebabkan kecederaanatau sebab-sebab yang lain akan dicatat dan dicampurkan ke bahagian separuh permainan itu. Masa lebihan tidak dibenarkan melainkan mengambil lemparan denda percuma atau jaringan denda percuma.

3.5 Bila seorang pemain mendapat cedera atau sakit dan tidak dapat meyambung permainannya, pemain bolehlah dihentikan lima ( 5 ) minit untuk menentukan samada pemain itu boleh menyambung permainannya. Keputusan pengadil adalah muktamad.

3.6 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas diganti.

3.7 Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang pemain yang telah mengambil kedudukan pemain lewat itu.

3.8 Pemain yang lewat sampai tidak boleh memasuki permainan yang sedang dijalankan melainkan setelah mendapat kebenaran pengadil.

3.9 Jadual baru bagi pertandingan-pertandingan yang ditangguhkan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.


4.0 PENGADIL

4.1 Pihak pengelola akan menyediakan Pengadil, Penjaga Masa dan Pencatat Masa. Keputusan pengadil adalah muktamad.









5.0 PAKAIAN

5.1 Pakaian seragam yang boleh didaftarkan termasuk ‘bibs ( dibawa sendiri oleh zon masing-masing ) yang mempunyai huruf-huruf mula yang menunjukkan kedudukan pemain-pemain berukuran 8” tinggi mestilah dipakai setiap masa.

5.2 Kasut-kasut yang dibuat dari bahan ringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku ( spike ) tidak boleh digunakan.

5.3 Sebarang barang kemas tidak boleh dipakai.

5.4 Kuku jari mestilah dipotong pendek.


6.0 BOLA

6.1 Setiap pasukan hendaklah menyediakan bola sendiri. Bola yang dibenarkan ialah bola jaring saiz 5, besar lilitan 27” dan berat 14oz. Bola tersebut mestilah getah jenis Mitre atau Mikasa yang digunakan didalam dewan.


7.0 DISIPLIN

7.1 Melanggar peraturan dan/atau menggunakan sebarang pergerakan ( aksi ) yang tidak diliputi oleh peraturan-peraturan pertandingan dengan cara mennetang semangat permainan tidak dibenarkan.

No comments:

Post a Comment