Wednesday, April 14, 2010

PERATURAN BADMINTON

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan yang dinyatakan, maka pertandingan ini akan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh BAM/IBF.

1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua keputusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil Pertandingan.

1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berdasarkan kepada Undang-Undang Persekutuan Badminton Malaysia ( BAM/IBF )

1.3.3 Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.

2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar seorang ( 1 ) Pengurus Pasukan dan Sebelas ( 11 ) orang pemain mengikut kategori yang ditetapkan.

3.0 ACARA-ACARA

3.1 Pertandingan berpasukan ini akan dijalankan mengikut acara seperti berikut :-

3.1.1 Perlawanan pertama - Perseorangan lelaki
3.1.2 Perlawanan kedua - Beregu wanita
3.1.3 Perlawanan ketiga - Beregu veteran
3.1.4 Perlawanan keempat - Beregu Campuran
3.1.5 Perlawanan kelima - Beregu lelaki

3.2 Keputusan pertandingan adalah berdasarkan “ Best of Three Sets “ dengan sistem kiraan baru 21 mata setiap set.

3.3 Seseorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam satu-satu pertandingan samada acara perseorangan ataupun beregu.

4.0 PERINGATAN KEPADA PENGURUS PASUKAN/PEMAIN

4.1 Semua pemain hendaklah berpakaian lengkap dengan Kemeja-T berlengan.

4.2 Jika seseorang pemain gagal memasuki gelanggang permainan lima ( 5 ) minit selepas panggilan pertama diumumkan maka perlawanan itu dianggap batal.

4.3 Seseorang pemain tidak dibenarkan menukar peralatan atau meninggalkan gelanggang permainan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil pertandingan.

4.4 Pemain tidak dibenarkan menukar Bulu Tangkis ( Shuttle Cock ) tanpa mendapat kebenaran daripada pengadil pertandingan.

4.5 Pemain dibenarkan mengambil minuman semasa perlawanan setelah mendapat kebenaran daripada pengadil pertandingan.

4.6 Seseorang pemain yang mengalami kecederaan atau kejang otot semasa perlawanan akan dibenarkan mendapat rawatan. Pihak pengadil akan menentukan samada pemain berkenaan boleh atau tidak meneruskan permainan. Kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seseorang pemain itu tidak dapat meneruskan permainan akibat dari kecederaan semasa perlawanan itu.

4.7 Tunjukajar ( coaching ) dari Pengurus Pasukan atau orang luar adalah dilarang semasa perlawanan berlangsung.

4.8 Keputusan Pengadil pertandingan adalah muktamad. Bagaimanapun, seseorang pemain boleh merayu kepada Pengadil Kehormat mengenai undang-undang permainan sahaja.

4.9 Keputusan Pengadil Kehormat terhadap segala perbalahan mengenai undang-undang permainan jika berbangkit semasa pertandingan adalah muktamad.

5.0 PERALATAN

5.1 Bulu Tangkis yang akan digunakan ialah jenis YONEX dan akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

No comments:

Post a Comment