Wednesday, April 14, 2010

PERATURAN BOLA TAMPAR

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung maka pertandingan ini akan mengikut Undang-Undang Bola Tampar Antarabangsa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIVB.

1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil Pertandingan.

1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-Undang Bola Tampar Antarabangsa ( FIVB )

1.3.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.


2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain-pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.


3.0 PERINGATAN KEPADA PENGURUS PASUKAN

3.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi/baju yang bernombor dihadapan dan belakang dengan warna mengikut warna zon masing-masing. Seluar panjang ( Track Bottom ) boleh dipakai dengan kebenaran pengadil perlawanan.






3.2 Jika sesuatu pasukan gagal memasuki gelanggang permainan selepas pengadil memanggil untuk kali ketiga atau selepas 15 minit pertandingan patut bermula, pasukan itu akan diisytiharkan kalah.

3.3 Jadual pertandingan/perlawanan tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengetahui jadual dan masa pertandingan/perlawanan daripada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

3.4 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang permainan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil.


4.0 SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan akan dijalankan menggunakan sistem kiraan mata yang baru iaitu 25 mata setiap set. Set penentuan ( rubber set ) akan dijalankan secara kiraan 15 mata.

4.2 Pertandingan akan dijalankan berdasarkan secara “ best of three “ (peringkat awal) dan “best of five” (peringkat akhir).

No comments:

Post a Comment