Wednesday, April 14, 2010

PERATURAN PENTAQUE

PERATURAN PERTANDINGAN PETANQUE


1.0 PERATURAN RASMI

Peraturan-peraturan ini hanyalah diguna pakai berasaskan dengan “ The Federation Internationali de Petanq et Jeu Provecal at Rotterdam, September 1984 “.

2.0 PERATURAN AM

Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan Am Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Kali ke XV Tahun 2008

2.1 Permainan ini adalah untuk :-

2.1.1 3 pemain melawan 3 pemain ( Triples )

2.1.2 2 pemain melawan 2 pemain ( Doubles )

2.1.3 1 pemain melawan 1 pemain ( Single )

Untuk Triples, pemain akan menggunakan dua bola dan untuk Doubles dan Single pemain akan menggunakan tiga bola.

2.2 Setiap pasukan akan menghantar 4 orang pemain. ( 3 orang pemain dan 1 simpanan ) serta seorang Pengurus merangkap jurulatih. Kategori pemain adalah secara terbuka. Seorang pemain boleh bermain 2 permainan.

2.3 Semua ahli pasukan mestilah berada ditempat pengundian sebelum perlawanan dimulakan.

2.4 Pasukan yang tidak hadir selepas 15 minit pengumuman perlawanan akan didenda dimana pasukan lawan akan diberi 1 mata. Setiap 5 minit berikutnya, pasukan lawan akan mendapat 1 mata sehingga 30 minit. Sekiranya pasukan itu tidak hadir juga selepas 30 minit, maka pasukan tersebut akan dikira kalah. Bagi pasukan yang tidak penuh ahli mereka boleh memulakan perlawanan tanpa menunggu rakan mereka tetapi tidak boleh menggunakan bola mereka.





2.5 Perlawanan dikira bermula apabila jek telah dibaling secara sah. Pertukaran pemain dibenarkan selagi perlawanan masih belum berjalan dan tidak boleh ditukar pemain ketika perlawanan sedang berlangsung.

2.6 Pemain tidak dibenarkan meninggalkan perlawanan/gelanggang semasa perlawanan sedang berjalan tanpa kebenaran pengadil.

2.7 Setiap pemain dilarang daripada menukar bola atau jek semasa perlawanan. Pengecualian boleh dibuat atas sebab-sebab berikut :-

2.7.1 Bola tidak ditemui
2.7.2 Jek tidak ditemui

2.8 Sekiranya bola pecah menjadi dua atau kepingan yang banyak, kepingan terbesar dikira sebagai penanda kedudukan apabila tiada lagi bola untuk dimainkan. Sekiranya ada lagi bola untuk dimainkan, kepingan terbesar diganti oleh bola yang sama jejari dan beratnya. Peraturan yang sama juga berlaku pada jek.

2.9 Sekiranya jek telah dilontar dan bola pertama telah ditempatkan oleh pasukan mula, pihak lawan mempunyai hak untuk mencabar kesahan jek tersebut, tetapi sekiranya pihak lawan telah memainkan bola tersebut, jek itu telah pun sah dan sebarang bantahan tidak lagi diterima.

2.10 Jek tidak sah jika :-

2.10.1 Jarak lontaran kurang dari 6 meter dari bucu terdekat bulatan

2.10.2 Jarak lontaran lebih 10 meter dari bucu terdekat bulatan

2.10.3 Jek tersebut mestilah lebih 1 meter dari batasan gelanggang

2.10.4 Jek keluar dari batasan gelanggang semasa permainan

2.10.5 Tidak sah bagi Jek yang terapung dalam air

2.10.6 Apabila Jek yang dilontar tidak ditemui

2.11 Jek adalah sah atas garisan sempadan.





2.12 Pemain adalah dilarang dari meratakan, mengalih atau memenyekkan apa-apa benda atas padang gelanggang. Pemain hanya boleh memenuhi lubang yang dibuat oleh bola akhir yang dibaling.

2.13 Sekiranya Jek terkeluar dari gelanggang :-

2.13.1 Kedua-dua pasukan mempunyai bola untuk dimainkan dalam pusingan itu dikira batal.

2.13.2 Sekiranya satu pasukan sahaja mempunyai bola untuk dimainkan, jadi pasukan ini boleh memperolehi sebanyak mana mata selagi ia mempunyai bola untuk dimainkan.

2.13.3 Tiada pasukan mempunyai bola untuk dimainkan, kemudian pusingan ini terbatal.

2.13.4 Sekiranya Jek dipukul atau diberhentikan oleh penonton atau pengadil, ia kekal tempat ia berhenti.

2.13.5 Sekiranya Jek yang sedang bergerak itu diberhentikan oleh pihak lawan, bolehlah dia memilih untuk meninggalkan Jek itu dikedudukan baru atau meletakkan kembali ditempat asal dengan syarat ia telah ditandai terlebih dahulu.

2.13.6 Apabila Jek dipukul lebih dari 30 meter atau kurang dari 3 metar, Jek tersebut dikira sebagai tidak sah.

2.14 Pihak lawan tidak boleh berjalan, bercakap, memberi isyarat atau mengganggu pemain yang hendak memulakan permainan. Hanya ahli pasukan yang boleh berada antara bulatan dan jek tersebut.

2.15 Tidak seorang pun dibenarkan berlatih semasa perlawanan sedang berjalan.

2.16 Apabila Jek dibaling, pemain mempunyai satu minit untuk memainkan bola mereka.

2.17 Pemain yang memainkan bola selain dari bolanya akan diberi amaran. Bola yang dimainkan dianggap sebagai tidak sah tetapi seboleh-bolehnya diganti segera.

2.18 Pemain tidak dibenarkan membasahkan bola dan Jek mereka.





3.0 PENGIRAAN MATA

3.1 Untuk mengira mata, adalah dibenarkan untuk mengalih bola atau apa-apa benda yang berada diantara Jek dan Bola. Walaubagaimanapun, kedudukan bola yang dialihkan itu hendaklah ditandai dan seterusnya diletakkan kembali selepas mengukurnya. Sekiranya tali ukur tidak sesuai untuk mengukur, sepasang angkup ( Caliper ) boleh digunakan.

3.2 Tugas mengira mata ialah tugas pemain yang melontarkan bola akhir atau salah seorang dari ahli pasukannya.

3.3 Sekiranya kedua-dua pasukan tidak bersetuju terhadap keputusan pengukuran itu, pengadil akan dipanggil dan keputusannya adalah muktamad.

3.4 Apabila tiba diakhir perlawanan, bola yang diambil sebelum wujudnya persetujuan bersama akan dikira batal sekiranya kedudukannya tidak ditandai.

3.5 Sekiranya ada pemain menggerakkan bola atau jek semasa mengukurnya, mata yang diperolehi dikira batal. Sebarang dua bola dari pihak yang berlawanan sama jaraknya dari atau menyentuhi jek, pemain itu dikira batal seandainya tiada lagi bola untuk dimainkan.

3.6 Seandainya kedua-dua pasukan masih ada bola untuk dimainkan, pasukan yang memainkan bola terakhir akan bermain semula sehinggalah pertukaran berlaku.

3.7 Sekiranya satu pasukan mempunyai bola untuk dimainkan, mereka akan bermain dengan tujuan mendapatkan mata.


4.0 PENGUKURAN

4.1 Apabila ukuran secara tampak tidak sesuai dalam kes tertentu, pita ukur diperlukan untuk memastikan bola yang menang.

4.2 Apabila mengukur, letakkan hujung pita tersebut kepada bola dan ukuran yang diambil disisi jek mengadap bola yang diukur itu.

4.3 Sebarang bola yang berada dilaluan yang diukur mestilah dialihkan dan ditandai. Kemudiannya hendaklah diletakkan kembali ke tempat asalnya selepas mengukur.

No comments:

Post a Comment