Wednesday, May 5, 2010

MINIT MESYUARAT MAJLIS SUKAN RISDA ZON UTARA KALI 2 / 2010

Tarikh : 27 April 2010
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : PRD Kuala Muda/Yan,Sungai Petani, Kedah

Senarai Kehadiran

Tn Hj Azmi Bin Mohamad PRN Kedah 012-4035299
En.Awiskarni Bin Zulkarnaini PRN P.Pinang 019-5588567
En.Marhalim Bin Hj Hashim PRN Perlis 019-5738872
Mohd Azman Bin Hasan Kedah 017-3108211
Nek Kamal Bin Hj Nek Harun Kedah 019-4425488
Subran bin Ahamd P.Pinang 012-4091598
Ahmad Sharifuddin b Hj Abdul Ghani Perak 019-5736980
Wan Mohd Husni Bin Wan Jamal Perak 019-4756672
Syamaizar bin Mahmud P.Pinang 012-4673862
Shamsuddin bin Shaari Perlis 019-6552643
Suhaimi Bin Nordin Kedah 019-4053203
Abdul Latiff Bin Hj Azit Perlis 012-5204984
Shahabudin Bin Husin R.Fleet 012-4283222
Che Anis Zuraida Bt Zulkifli P.Pinang 012-4666572
Nurhaida Bt Shamsudin Kedah 012-6416083
En.Daud Kasa Espek 012-4030044
Mohd Rozi Bin Shuib Kedah 019-5408668
Nurul Aida bt. A.Rahman Kedah
Laili Husna bt. Othman Kedah
Az Junaidi bin Abidin RPSP Kedah
Che Anis Zuraida bt.Zulkifli P.Pinang
Mohd.Radzi bin Mat Isa SHDC Utara
Azizal bin Nor Fauzi Perak
Norzalili bt.Mohd.Zakaria P.Pinang
Rosaimah bt.Su Perlis
Mohd.Faizul b.Mohd.Yusof Perlis
Zulhusni bin Abu@Shaari P.Pinang
Noorsiah bt. Kamaruzaman Kedah
Tn.Hj.Aziz bin Ramlan Kedah
Ahmad bin Teha Perak
Bahauddin bin Jani IKPK Perak.

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mesyuarat iaitu Tn.Hj Azmi Bin Mohamad, Pengarah RISDA Negeri Kedah Darul Aman mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan semua jemputan dari negeri-negeri zon utara yang diketuai oleh Pengarah RISDA Negeri Masing-masing ke PRD Kuala Muda/Yan.Sg.Petani.
.
Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun 2010 ini Pesta Sukan Kebangsaan akan berlangsung di-UKM Bangi,pada 17hb.June hingga 20hb.June 2010. Bagi zon utara, negeri Kedah telah diberi tanggungjawab sebagai pengerusi zon utara.
dan mengharapkan pencapaian yang lebih baik pada kali ini. Majlis Sukan dan Kebudayaan Zon Utara untuk tahun 2010 dan membincangkan tentang pelaksanaan aktiviti sukan zon utara.

Tuan Pengerusi memaklumkan beberapa acara untuk pesta Sukan Kebangsaan kali ini digugurkan antaranya

1. Marathon.
2. Bowling Padang
3. Pentaque

AGENDA 2 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

En.Awis mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima dengan beberapa pindaan.- majlis bersetuju sebulat suara..

AGENDA 3. PERKARA BERBANGKIT.

En.Azman memaklumkan Program Kecemerlangan Diri di IKPK yang telah
Dijalankan di-Pdg.Rengas telah dihadiri seramai 231 peserta.
Pecahannya adalah saperti berikut:-

1. Perak : 106 Peserta ; 66 L : 40 P
2. Kedah : 101 Peserta : 53 L : 48 P
3. P.Pinang : 18 Peserta
4. Perlis : 6 Peserta.

Tuan Pengerusi meminta supaya semua PT yang menghantar peserta2 supaya
mempastikan LO diberikan kepada KPK Perak.

AGENDA 4. KEWANGAN.

Nek Kamal bin Hj.Nek Harun selaku Bendahari memaklumkan sumbangan masih belum diterima dan Akaun di Bank Muamalat Alor Setar akan dibuka sedikit masa lagi.

AGENDA 5: PERBENTANGAN BUDGET .

1. Pengurus-pengurus Pasukan MSKRZU 2010

Tuan Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa Pesta Sukan Kali ini kita menghadapi masaalah peruntukan kewangan yang sedikit.dan memohon agar sumbangan daripada Anak-anak Syarikat dapat membantu membaiyai perbelanjaan sukan kebangsaan kali ini. Majlis hanya meperuntukan sebanyak
RM 8,000.00 pada kali ini.

Berikut adalah peruntukan yang telah dibincangkan akan diberi kepada semua pengurus pasukan untuk permulaan dan jika ada peruntukan tambahan MSKRZU Utara akan cuba menampung perbelanjaan jika mempunyai peruntukan..

Bil Nama Pengurus Negeri Sukan Pasukan Peruntukan Diluluskan (RM)
1 En.Faizul Bin Yusuf Perlis Perbarisan KIV
2 En.Razali Bin Che Man Perlis Pasukan Sorak KIV
3 En.Shamsuddin bin Shaari Perlis Bola Sepak RM2500.00
4 En.Latiff Bin Azit Perlis Bola Tampar RM 500.00
5 En.Mohd Fuad Bin Chemali Kedah Ragbi RM 500.00
6 En.Azjunaidi Bin Abidin Kedah Sepak Takraw Menarik Diri
7 En.Shahabudin Bin Hussin Kedah Bowling RM1500.00
8 Cik Nurul Aida Bt Abd Rahman Kedah Futsal Lelaki RM 500.00
9 Tn.Hj Aziz Bin Ramlan Kedah Badminton RM 700.00
10 En.Saidon Bin Darus Kedah Dart Lelaki/Wanita RM 200.00
11 Cik Nurhaida Binti Samsudin Kedah Futsal Wanita RM200.00
12 Pn.Laili Husna Bt Othman Kedah Karrom Lelaki/Wanita RM 200.00
13 Cik Syuhaida Bt Shokur Kedah Batu Seremban RM 200.00
14 Pn.Hjh.Norsiah bt Kamruzzmn Kedah Congkak RM 200.00
15 Nozalili Bt Mohd Zakaria P.PinangBola Jaring RM 500.00
16 En.Daud Bin Kasa Perak Golf RM 700.00
17 En.Ahmad Bin Teha Perak Olahraga RM500.00
18 En.Ismail Bin Jaafar Perak Ping Pong RM300.00
19 En.A.Sharifuddin B.Hj.Abd GhaniPerakBintang RISDA RM500.00
20 Cik NorZaharatul Aini Bt Mohd Zolkepli Perak Tennis RM500.00

AGENDA 5 : MENETAPKAN TARIKH PROGRAM LATIHAN.

Tuan Pengerusi memaklumkan kepada ahli Mesyuarat, kita cuma ada masa lebih kurang 2 bulan sahaja lagi,olih yang demikian beliau mencadangkan agar membuat persiapan kepada semua pengurus pasukan untuk mengadakan latihan kepada semua pemain Zon sebanyak 2 kali sahaja termasuk latihan pusat sebelum kejohanan bermula. Cadangan Latihan pada akhir bulan Mei dan Awal June 2010 sebaiknya dibuat di IKPK Pdg.Rengas.

Tarikh –tarikh perlu dibincangan dahulu dengan pihak IKPK Pdg.Rengas.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Zon akan memutuskan bagaimana untuk mendapatkan peruntukan bagi menampong perbelanjaan Sukan Zon.

Antara Anak Syarikat dan Individu yang bersetuju untuk membiayai Majlis Sukan Zon Utara adalah berbentuk Mata Benda dan Kewangan:-

En. Az Junaidi b. Abidin.............. (Kasut) RM 7,000.00
SHDC Utara .......................... (Topi ) RM 2,500.00
RISDA Fleet......................... (T/Shirt) RM 5,500.00
NARSCO .............................. ( Beg) RM 2,000.00
ESPEK ............................... (T/Bottom) RM 2,000.00
HEVEA UTARA ENTERPRISE...Jani Lokman ............ RM 1,500.00
IKPK PADANG RENGAS ............................ RM 200.00

Kelab Sukan Negeri-Negeri seperti berikut :-

1. Negeri Perlis .................................RM 500.00
2. Negeri Kedah................................... RM 2,000.00
3. Negeri P.Pinang................................ RM 500.00
4. Negeri Perak ...............................RM 2,500.00


AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN.

En. Nek Kamal b.Hj.Nek Harun mencadangkan En. Ahmad Bahari TPRN Perak sebagai Pen. Ketua Kontinjen/Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Zon Utara.

Majlis Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

En.Marhalim – memohon supaya semua kakitangan diberi makluman berkenaan program dan acara sukan bagi menggalakkan mereka menyertai acara-acara yang dipertandingkan. Beri platform kepada kakitangan baru menunjukkan bakat. Pastikan pengurus-pengurus pasukan tahu kehendak teknikal acara kerana penting bagi mengatur strategi.

Setiusaha MSKRZU memaklumkan kepada semua pengurus pasukan supaya dapat memberi nama pemain serta maklumat dengan lengkap saperti yang dikehendaki.
Pendataran Kontinjen dan Pemain mestilah sampai kepada Urusetia sebelum 31.5.2010.
untuk didaftarkan kepada Majlis Sukan Kebangsaan.

En.Baharuddin Jani selaku Pengetua IKPK Pdg.Rengas membentangkan dan laporan Program Kecergasan Diri yang telah dilansungkan pada 20-21.4.2010 yang lalu.Seramai 265 peserta telah mengikuti Program tersebut dan setelah ditolak kos-kos kita Masih mempunyai sejumlah RM 6,138.50 jika semua peserta telah menghantar LO Kepada KPK. Beliau berharap semua PT dpt menyemak bagi mempastikan LO tersebut telah dihantar.

Mesyuarat akan datang perlu memanggil Pengerusi J/Kuasa kenderaan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 tengahari.

Disediakan Oleh :

Mohd Rozi Bin Shuib.
Setiausaha Kehormat MSKRZU 2010

PERUNTUKAN UNTUK PENGURUS-PENGURUS

Pengurus-Pengurus Pasukan diminta menghantar nama penuh dan nombor kad pengenalan kepada Bendahari Zon supaya peruntukan yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bil.2/2010 di PRD Kuala Muda/Yan Sungai Petani dapat di bayar kepada Pengurus-Pengurus Pasukan sebaik sahaja Dana diperolehi.

Hantarkan melalui No.Tel : 019-4425488 atau emel sukanzonutara@gmail.com.

Terima Kasih

Nek Kamal bin Hj.Nek Harun
Bendahari Zon.

SENARAI NAMA PEMAIN & SAIS BAJU

Pengurus-Pengurus Pasukan diminta mengemukakan nama-nama pemain pasukan masing-masing secepat munkin. Senarai nama pemain mengandungi Nama Penuh, No.Pekerja, No.
Kad Pengenalan [Baru], Tempat Bertugas, SAIS BAJU dan KASUT.

Terima kasih.

Mohmd Rozi bin Shuib
Setiausaha

Sunday, May 2, 2010

Makluman Setiausaha Baru

Dimaklumkan bekas SU En.Mohd Azman bin Hassan telah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha kerana berpindah ke PRD Samarahan, Sarawak mulai 15hb. Mei, 2010. Dengan itu SU baru dengan persetujuan Majlis telah bersetuju melantik Pen.SU Agong KESURIDA Negeri Kedah En. Mohmd Rozi b. Shuib sebagai SETIAUSAHA MSRZU yang baru. TAHNIAH....
Sila hubungi beliau : 019-5408668.

Saturday, April 24, 2010

MESYUARAT AJK MSRZU KALI 2 / 2010 DAN PEMILIHAN SUKAN BOWLING TENPIN ZON UTARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Satu mesyuarat AJK INDUK MSRZU Kali 2 / 2010 akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 27 April 2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : PRD Kuala Muda/Yan, Jalan Sekerat, Sungai Petani.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa semua AJK INDUK dan Pengurus-pengurus pasukan yang dilantik diwajibkan hadir ke Mesyuarat tersebut bagi membincangkan beberapa perkara yang penting dan Agenda Mesyuarat seperti berikut:

1. Ucapan Pengerusi
2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali 1/2010
3. Perkara Berbangkit
4. Sumber Kewangan.
5. Budget pengurus pasukan.
6. Lain-lain hal.

Disamping itu, satu sesi pemilihan sukan bowling juga akan di adakan pada tarikh dan tempat yang sama. Pemain yang berminat dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

Monday, April 19, 2010

MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN ZON UTARA KALI 2 / 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa, satu mesyuarat seperti tajuk di atas akan dijalankan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 20 hb April 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : IKPK Padang Rengas, Perak.

Sehubungan itu, semua pengurus-pengurus pasukan dikehendaki hadir ke mesyuarat tersebut pada masa yang ditetapkan untuk membincangkan perkara-perkara yang berbangkit.


Setiausaha kehormat MSRZU 2010

program kecemerlangan Diri 20-21 April 2010


Assalamualaikum w.b.r.t.h dan salam satu malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan RISDA Zon Utara dengan kerjasama IKPK Padang Rengas akan mengadakan satu program seperti tajuk di atas untuk semua kakitangan yang akan mengambil bahagian seperti makluman berikut :

Tarikh : 20-21hb April 2010
Masa pendaftaran : Jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : IKPK Padang Rengas.

Sehubunga itu, semua pihak yang terlibat diminta mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan kelancaran program.

Sekian,

Setiausaha Kehormat MSRZU 2010

Wednesday, April 14, 2010

PERATURAN RAGBI

PERATURAN PERTANDINGAN RAGBI


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan Am Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Kali Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang dinyatakan ini peraturan dan undang-undang disepanjang pertandingan adalah mengikut undang-undang Ragbi Antarabangsa Dan Peraturan Am Kesatuan Ragbi Malaysia.


2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain-pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Dan Pertandingan.

2.2 Setiap pasukan hanya dibenar mendaftar pemain tidak lebih dari 9 orang sahaja.

2.3 Pendaftaran pemain hendaklah dikemukakan kepada pengadil perlawanan 15 minit sebelum setiap pertandingan dimulakan.


3.0 SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Jika sesuatu pasukan menarik diri dari satu perlawanan, pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan ini keseluruhannya.

3.2 Sistem permainan dijalankan secara liga.

3.3 Perkara 1& 2 setiap pasukan akan ditentukan secara pengundian.









3.4 Pasukan yang menang ditentukan berdasarkan :-

3.4.1 Pasukan yang mempunyai mata tertinggi setelah mengharungi 3 perlawanan.

3.4.2 Tempat kedua, ketiga dan keempat ditentukan berdasarkan kepada jumlah kutipan mata.


4.0 PENENTUAN KEPUTUSAN


4.1 Mata kemenangan adalah seperti berikut :

4.1.1 Menang 3 mata

4.1.2 Seri 1 mata

4.1.3 Kalah 0 mata


4.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan mengikut sistem berikut :-

4.2.1 Pasukan yang mendapat perbezaan skor dikira pemenang

4.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor dikira pemenang

4.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira pemenang

4.2.4 Jika masih seri, pasukan yang mendapat pungutan (I) gol (II) Try (III) Gol Penalti dan (IV) DROP Goal terbanyak akan diambil kira

5.0 SEPAKAN PENALTI

5.1 Pasukan-pasukan akan mengambil sepakan penalti mengikut giliran selang seli di garisan 22 meter.

5.2 Hanya pemain-pemain yang bermain dan berada dalam padang semasa masa tambahan dibenarkan mengambil sepakan penalti.







6.0 MASA

6.1 Masa untuk sesuatu perlawanan ialah 10 minit-rehat 1 minit- 10 minit (10-1-10)

6.2 Jika sesuatu perlawanan terpaksa diberhentikan kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan dan perlawanan itu telahpun dijalankan melebihi 15 minit, maka keputusan itu akan diambilkira.


7.0 PERLAWANAN AKHIR

7.1 Masa perlawananakhir ialah 10 minit – rehat 1 minit – 10 minit

7.2 Jika berlaku seri selepas tamat perlawanan masa tambahan 10 minit sehala akan diberikan, jika masih seri, peraturan 5 akan digunakan.


8.0 PAKAIAN

Pasukan yang bermain dikehendaki memakai jersi yang berlainan warna sepanjang perlawanan.


9.0 PERTUKARAN PEMAIN

Dua ( 2 ) pemain simpanan boleh ditukarkan dalam satu-satu perlawanan termasuk masa tambahan.


10.0 PEGAWAI PERTANDINGAN

Pegawai pertandingan adalah terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh Kesatuan Ragbi Perlis dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Malaysia.


11.0 PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Jawatankuasa Pengelola berhak meminda, mentafsir perkara yang disiarkan dalam undang-undang/peraturan-peraturan pertandingan dan keputusan adalah muktamad.

PERATURAN BINTANG RISDA

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BINTANG RISDA 2008


1.0 PESERTA

1.1 Semua kakitangan yang masih berkhidmat dengan RISDA, Anak Syarikat RISDA dan NARSCO yang menjadi ahli Kelab Sukan Negeri masing-masing adalah layak menyertainya.

2.0 LAGU

2.1 Setiap penyertaan diwajibkan menyampaikan masing-masing sebuah lagu Irama Malaysia dan Irama Bebas.

2.2 Lagu Irama Malaysia terdiri dari lagu-lagu berentak Asli, Keroncong, Ghazal, Inang, Zapin dan Masri.

2.3 Lagu Irama Bebas adalah lagu-lagu selain Irama Malaysia.

2.4 Lagu-lagu yang berunsur lucah, perkauman, fahaman politik dan menghina agama adalah sama sekali dilarang.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Setiap zon dibenarkan menyertakan tiga ( 3 ) penyertaan.

4.0 PERALATAN

4.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan set kelengkapan Karaoke kecuali jenis lagu hendaklah disediakan sendiri oleh peserta masing-masing.

4.2 Jenis lagu tersebut hendaklah dalam bentuk Cakera Padat ( CD ). Selain daripada ini, pihak pengelola berhak untuk tidak menerima atau membatalkan penyertaan.

5.0 PAKAIAN

5.1 Diwajibkan berpakaian sopan dan kemas atau sesuai dengan dendangan lagu yang dibawa.







6.0 MARKAH

6.1 Pengiraan markah akan diberi berdasarkan empat ( 4 ) pendekatan berikut :-

6.1.1 Suara - Kemerduan dan kejelasan tutur kata - 40%

6.1.2 Tempo - Penyampaian mengikut tempo lagu - 25%

6.1.3 Petah Lagu - Penyampaian mengikut petah lagu - 25%

6.1.4 Gaya Persembahan - Bersesuaian dengan irama lagu - 10%


7.0 PENGESAHAN PENYERTAAN

7.1 Penyertaan hendaklah melalui BORANG PENYERTAAN BINTANG RSDA 2008 yang telah dipenuhi dan ditandatangani oleh peserta dan Ketua Kontigen masing-masing dan hendaklah sampai pada atau sebelum 15 November 2008 dialamat Setiausaha Jawatankuasa Pengelola, Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Kali ke XV, Pejabat RISDA Negeri Perlis, 64-G, Jalan Raja Syed Alwi, 01990 Kangar, Perlis.

7.2 Pengisian borang yang tidak lengkap atau kelewatan menyertakan borang dari tarikh yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan.

PERATURAN FUTSAL

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL


1.0 PERATURAN AM

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan mengambil segala tindakan dan membuat semua keputusan perlu bagi menentukan pertandingan dijalankan dengan sempurna tertakluk kepada peraturan ini.

2.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

2.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Kali Ke XV Tahun 2008

2.2 Kecuali apa yang disebut di dalam peraturan am dan syarat-syarat pertandingan yang menguasai permainan-permainan tersebut, maka undang-undang yang berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ).

2.3 Jumlah penggantian yang dilakukan semasa permainan adalah tidak terhad. Seseorang pemain yang telah digantikan boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti pemain itu. Seseorang penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain.

2.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di lengan kiri jersinya. Sekiranya ketua pasukan digantikan, maka lilitan lengan tersebut diberi pula kepada pemain yang mengambialih sebagai ketua pasukan.

2.5 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan seperti berikut :-

2.5.1 Semua kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil Perlawanan.

2.5.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ).

2.5.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.


3.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

3.1 Penyertaan pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

3.2 Pemain-pemain yang digantung oleh mana-mana Badan Kebangsaan dan Negeri serta gabungannya tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

3.3 Setiap pasukan hendaklah mengemukakan nama lima ( 5 ) pemain dan tiga ( 3 ) pemain simpanan ( terbuka ) di dalam borang yang disediakan kepada pengadil perlawanan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum perlawanan bermula.


4.0 PAKAIAN/ALATAN

4.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai jersi mengikut warna zon masing-masing ( nombor 1 hingga 15 )

4.2 Setiap pemain dimestikan memakai “ Shin Guard “

4.3 Pemain dibenarkan memakai “ Track Bottom “.

4.4 Sekiranya kedua-dua pasukan yang akan bermain memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang tidak memakai warna zon dikehendaki menukar jersinya.


5.0 MASA PERLAWANAN

5.1 Masa perlawanan ialah 10 minit bagi separuh masa pertama dan 10 minit bagi separuh masa kedua. Rehat pada separuh masa hendaklah tidak melebihi 5 minit kecuali dengan izin pengadil perlawanan.

5.2 Satu masa tidak melebihi 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas daripada masa ini pasukan lawan mempunyai pemain minimum dikira mendapat kemenangan percuma, tertakluk kepada para 7.0.


6.0 PENENTUAN KEMENANGAN

6.1 Pasukan yang dapat menjaringkan gol terbanyak di dalam satu-satu perlawanan akan dikira sebagai pemenang.

6.2 Pusingan Awal :-

6.2.1 Jika perlawanan berkeputusan seri selepas tamat tempoh masa sebenar ( 20 minit ), pemain tidak boleh meninggalkan padang kecuali dengan kebenaran pengadil.

6.2.2 Bagi menentukan pemenang dan perlawanan seterusnya, tiga ( 3 ) tendangan penalti akan diambil secara berselang.

6.2.3 Jika selepas tiga ( 3 ) tendangan penalti diambil kedudukan masih seri, maka tendangan penalti akan diambil lagi secara “ Sudden Death “ hingga tercapai keputusan muktamad.

6.3 Pusingan Akhir :-

6.3.1 Jika perlawanan berkeputusan seri selepas tamat tempoh masa sebenar ( 20 minit ), masa tambahan akan diberikan mengandungi dua bahagian iaitu lima ( 5 ) minit bagi setiap bahagian tanpa rehat. Pemain tidak boleh meninggalkan padang pada waktu rehat dalam masa tambahan kecuali dengan kebenaran Pengadil. Pemainan adalah secara “ Sudden Death ‘ pada masa tambahan tersebut dijalankan.

6.3.2 Jika keputusan masih seri, maka tiga ( 3 ) tendangan penalti akan diambil secara berselang.

6.3.3 Jika selepas tiga ( 3 ) tendangan penalti diambil, kedudukan masih lagi seri, maka tendangan penalti akan diambil lagi secara “ Sudden Death ‘ hingga tercapai keputusan muktamad.

6.4 Semua keputusan Pengadil adalah muktamad.


7.0 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI

7.1 Sekurang-kurangnya mestilah ada empat ( 4 ) orang pemain bagi sesuatu pasukan berada di padang sebelum perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada itu, pasukan tersebut dikira memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan dengan jaringan gol dua ( 2 ) kosong.


7.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan empat ( 4 ) orang pemain atau lebih apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang ditetapkan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan yang akan mengambil tindakan yang difikirkan perlu.


8.0 PERLAWANAN YANG DTUNDA ATAU DIHENTIKAN

8.1 Sekiranya Pengadil perlawanan berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal diluar kawalan kedua-dua pasukan, maka Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan nasihat Pengadil, pemenang bagi perlawanan ini akan berdasarkan paraturan yang telah ditetapkan dalam Peraturan Am.

9.0 PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

9.1 Keseluruhan kejohanan ini akan diadili oleh Pengadil-Pengadil dan Penjaga Garisan Bertauliah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.


10.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

10.1 Segala hal yang tidak diperuntukkan dibawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran hendaklah diambil tindakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan yang keputusannya adalah muktamad.

PERATURAN BOLING PADANG

PERATURAN PERTANDINGAN BOLING PADANG


1.0 PERATURAN AM

Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan Am Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Kali ke XV Tahun 2008

2.0 PAKAIAN PEMAIN

2.1 Pakaian Lelaki dan Wanita adalah pakaian sukan yang bersesuaian

2.2 Kasut hendaklah tidak bertumit tinggi dan bertapak licin

3.0 ACARA PERMAINAN

3.1 Perseorangan - 4 bowls seorang
Mata Kemenangan 25 mata

3.2 Bergu - 4 bowls seorang
Jumlah bowls 16
Bermain sebanyak 15 ends
Atau 2 jam ( mana terdahulu )

3.3 Bertiga - 3 bowls seorang
Jumlah bowls 18
Bermain sebanyak 15 ends
Atau 2 jam ( mana terdahulu )

4.0 TUGAS PEMAIN

4.1 Pemain nombor satu ( lead )

Jika bermain dahulu :-

a. Meletakkan mat
- end pertama di mat line ( 1.8m ) dari ditch
- end seterusnya mengikut kehendak skip yang mengarahkan tetapi tidak boleh bawah daripada mat line ( 1.8m )

b. Meleretkan jack untuk memulakan permainan




c. Menolong skip untuk meluruskan jack

d. Meleretkan bowls yang pertama

e. Menolong mengumpulkan bowls selepas tamat setiap end.

Jika bermain kedua :-

a. Bersalaman dengan pemain kedua

b. Menghulurkan jack kepada pemain pertama

c. Menghulurkan bowls pertama kepada pemain pertama

d. menggolekkan bowls pertama

e. Menolong mengumpulkan bowls setelah tamat end.

4.2 Pemain Nombor Dua

a. Meleretkan bowls mengikut arahan skip

b. Merekodkan mata didalam scorecard dan score board

c. Sentiasa memeriksa mata dengan pihak lawan

d. Menolong mengumpulkan bowls setelah habis end

e. Setelah tamat permainan hantar scorecard kepada pegawai bertugas.


4.3 Pemain Nombor Tiga

a. Meleretkan bowls mengikut arahan skip

b. Menjadi skip bila skip meleretkan bowls dan apabila tiada skip

c. Membuat ukuran apabila bowls dalam jarak yang lebih kurang sama

d. Membuat keputusan mengenai mata dalam setiap end bersama third pihak lawan

e. Menolong mengumpulkan bowls setelah tamat setiap end.





5. ETIKA PERMAINAN

5.1 Jangan mengganggu pihak lawan bila pihak lawan sudah berada di atas mat untuk meleretkan bowls.

5.2 Jangan melindungi bowls pihak lawan apabila bowls dalam perjalanan

5.3 Tahu bila masa untuk memanggil umpire.

5.4 Jangan melantunkan bowls di atas green.

5.5 memakai pakaian dan kasut yang dibenarkan.


6.0 PENDAFTARAN PENGURUS DAN PEMAIN

6.1 Setiap pasukan adalah dimestikan mendaftarkan seorang Pengurus merangkap Jurulatih dan enam ( 6 ) orang pemain ( 4 pemain dan 2 simpanan )

6.2 Setiap pemain dibenarkan bermain sebanyak dua ( 2 ) kali sahaja dalam satu perlawanan.

PERATURAN PENTAQUE

PERATURAN PERTANDINGAN PETANQUE


1.0 PERATURAN RASMI

Peraturan-peraturan ini hanyalah diguna pakai berasaskan dengan “ The Federation Internationali de Petanq et Jeu Provecal at Rotterdam, September 1984 “.

2.0 PERATURAN AM

Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan Am Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Kali ke XV Tahun 2008

2.1 Permainan ini adalah untuk :-

2.1.1 3 pemain melawan 3 pemain ( Triples )

2.1.2 2 pemain melawan 2 pemain ( Doubles )

2.1.3 1 pemain melawan 1 pemain ( Single )

Untuk Triples, pemain akan menggunakan dua bola dan untuk Doubles dan Single pemain akan menggunakan tiga bola.

2.2 Setiap pasukan akan menghantar 4 orang pemain. ( 3 orang pemain dan 1 simpanan ) serta seorang Pengurus merangkap jurulatih. Kategori pemain adalah secara terbuka. Seorang pemain boleh bermain 2 permainan.

2.3 Semua ahli pasukan mestilah berada ditempat pengundian sebelum perlawanan dimulakan.

2.4 Pasukan yang tidak hadir selepas 15 minit pengumuman perlawanan akan didenda dimana pasukan lawan akan diberi 1 mata. Setiap 5 minit berikutnya, pasukan lawan akan mendapat 1 mata sehingga 30 minit. Sekiranya pasukan itu tidak hadir juga selepas 30 minit, maka pasukan tersebut akan dikira kalah. Bagi pasukan yang tidak penuh ahli mereka boleh memulakan perlawanan tanpa menunggu rakan mereka tetapi tidak boleh menggunakan bola mereka.





2.5 Perlawanan dikira bermula apabila jek telah dibaling secara sah. Pertukaran pemain dibenarkan selagi perlawanan masih belum berjalan dan tidak boleh ditukar pemain ketika perlawanan sedang berlangsung.

2.6 Pemain tidak dibenarkan meninggalkan perlawanan/gelanggang semasa perlawanan sedang berjalan tanpa kebenaran pengadil.

2.7 Setiap pemain dilarang daripada menukar bola atau jek semasa perlawanan. Pengecualian boleh dibuat atas sebab-sebab berikut :-

2.7.1 Bola tidak ditemui
2.7.2 Jek tidak ditemui

2.8 Sekiranya bola pecah menjadi dua atau kepingan yang banyak, kepingan terbesar dikira sebagai penanda kedudukan apabila tiada lagi bola untuk dimainkan. Sekiranya ada lagi bola untuk dimainkan, kepingan terbesar diganti oleh bola yang sama jejari dan beratnya. Peraturan yang sama juga berlaku pada jek.

2.9 Sekiranya jek telah dilontar dan bola pertama telah ditempatkan oleh pasukan mula, pihak lawan mempunyai hak untuk mencabar kesahan jek tersebut, tetapi sekiranya pihak lawan telah memainkan bola tersebut, jek itu telah pun sah dan sebarang bantahan tidak lagi diterima.

2.10 Jek tidak sah jika :-

2.10.1 Jarak lontaran kurang dari 6 meter dari bucu terdekat bulatan

2.10.2 Jarak lontaran lebih 10 meter dari bucu terdekat bulatan

2.10.3 Jek tersebut mestilah lebih 1 meter dari batasan gelanggang

2.10.4 Jek keluar dari batasan gelanggang semasa permainan

2.10.5 Tidak sah bagi Jek yang terapung dalam air

2.10.6 Apabila Jek yang dilontar tidak ditemui

2.11 Jek adalah sah atas garisan sempadan.





2.12 Pemain adalah dilarang dari meratakan, mengalih atau memenyekkan apa-apa benda atas padang gelanggang. Pemain hanya boleh memenuhi lubang yang dibuat oleh bola akhir yang dibaling.

2.13 Sekiranya Jek terkeluar dari gelanggang :-

2.13.1 Kedua-dua pasukan mempunyai bola untuk dimainkan dalam pusingan itu dikira batal.

2.13.2 Sekiranya satu pasukan sahaja mempunyai bola untuk dimainkan, jadi pasukan ini boleh memperolehi sebanyak mana mata selagi ia mempunyai bola untuk dimainkan.

2.13.3 Tiada pasukan mempunyai bola untuk dimainkan, kemudian pusingan ini terbatal.

2.13.4 Sekiranya Jek dipukul atau diberhentikan oleh penonton atau pengadil, ia kekal tempat ia berhenti.

2.13.5 Sekiranya Jek yang sedang bergerak itu diberhentikan oleh pihak lawan, bolehlah dia memilih untuk meninggalkan Jek itu dikedudukan baru atau meletakkan kembali ditempat asal dengan syarat ia telah ditandai terlebih dahulu.

2.13.6 Apabila Jek dipukul lebih dari 30 meter atau kurang dari 3 metar, Jek tersebut dikira sebagai tidak sah.

2.14 Pihak lawan tidak boleh berjalan, bercakap, memberi isyarat atau mengganggu pemain yang hendak memulakan permainan. Hanya ahli pasukan yang boleh berada antara bulatan dan jek tersebut.

2.15 Tidak seorang pun dibenarkan berlatih semasa perlawanan sedang berjalan.

2.16 Apabila Jek dibaling, pemain mempunyai satu minit untuk memainkan bola mereka.

2.17 Pemain yang memainkan bola selain dari bolanya akan diberi amaran. Bola yang dimainkan dianggap sebagai tidak sah tetapi seboleh-bolehnya diganti segera.

2.18 Pemain tidak dibenarkan membasahkan bola dan Jek mereka.





3.0 PENGIRAAN MATA

3.1 Untuk mengira mata, adalah dibenarkan untuk mengalih bola atau apa-apa benda yang berada diantara Jek dan Bola. Walaubagaimanapun, kedudukan bola yang dialihkan itu hendaklah ditandai dan seterusnya diletakkan kembali selepas mengukurnya. Sekiranya tali ukur tidak sesuai untuk mengukur, sepasang angkup ( Caliper ) boleh digunakan.

3.2 Tugas mengira mata ialah tugas pemain yang melontarkan bola akhir atau salah seorang dari ahli pasukannya.

3.3 Sekiranya kedua-dua pasukan tidak bersetuju terhadap keputusan pengukuran itu, pengadil akan dipanggil dan keputusannya adalah muktamad.

3.4 Apabila tiba diakhir perlawanan, bola yang diambil sebelum wujudnya persetujuan bersama akan dikira batal sekiranya kedudukannya tidak ditandai.

3.5 Sekiranya ada pemain menggerakkan bola atau jek semasa mengukurnya, mata yang diperolehi dikira batal. Sebarang dua bola dari pihak yang berlawanan sama jaraknya dari atau menyentuhi jek, pemain itu dikira batal seandainya tiada lagi bola untuk dimainkan.

3.6 Seandainya kedua-dua pasukan masih ada bola untuk dimainkan, pasukan yang memainkan bola terakhir akan bermain semula sehinggalah pertukaran berlaku.

3.7 Sekiranya satu pasukan mempunyai bola untuk dimainkan, mereka akan bermain dengan tujuan mendapatkan mata.


4.0 PENGUKURAN

4.1 Apabila ukuran secara tampak tidak sesuai dalam kes tertentu, pita ukur diperlukan untuk memastikan bola yang menang.

4.2 Apabila mengukur, letakkan hujung pita tersebut kepada bola dan ukuran yang diambil disisi jek mengadap bola yang diukur itu.

4.3 Sebarang bola yang berada dilaluan yang diukur mestilah dialihkan dan ditandai. Kemudiannya hendaklah diletakkan kembali ke tempat asalnya selepas mengukur.

PERATURAN TENNIS

PERATURAN PERTANDINGAN TENIS


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan mengikut Undang-Undang Tenis Antarabangsa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ITF.

1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil Pertandingan.

1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berdasarkan kepada Undang-undang Persekutuan Tenis Antarabangsa ( ITF ).

1.3.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.

2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Jawatankuasa Pendafataran dan Tauliah.

3.0 ACARA-ACARA

3.1 Pertandingan berpasukan ini akan dijalankan mengikut susunan acara seperti berikut :-

3.1.1 Perlawanan Pertama - Perseorangan lelaki

3.1.2 Perlawanan Kedua - Bergu lelaki

3.1.3 Perlawanan Ketiga - Bergu lelaki





3.2 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam satu-satu Pertandingan sama ada secara perseorangan atau secara bergu.

3.3 Setiap perlawanan dijalankan secara “ Best of Three Sets “.


4.0 PERINGATAN KEPADA PENGURUS PASUKAN

4.1 Semua pemain hendaklah menggunakan pakaian yang sesuai iaitu :-

4.1.1 Baju T Berkolar

4.1.2 Seluar pendek atau panjang ( bersesuaian )

4.1.3 Kasut yang dibenarkan sahaja

4.2 Jika seorang pemain gagal memasuki gelanggang pemainan lima ( 5 ) minit selepas pertandingan pertama diumumkan maka perlawanannya itu dianggap batal.

4.3 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang permainan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil.

4.4 Tiga biji bola Dunlop atau setaraf akan digunakan bagi tiap-tiap perlawanan.

4.5 Keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad. Bagaimanapun, seseorang pemain itu boleh merayu kepada Pengadil Kehormat mengenai undang-undang permainan sahaja.

4.6 Keputusan Pengadil Kehormat terhadap segala perbalahan mengenai Undang-Undang permainan jika berbangkit semasa pertandingan ini adalah muktamad.

PERATURAN BADMINTON

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan yang dinyatakan, maka pertandingan ini akan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh BAM/IBF.

1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua keputusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil Pertandingan.

1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berdasarkan kepada Undang-Undang Persekutuan Badminton Malaysia ( BAM/IBF )

1.3.3 Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.

2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar seorang ( 1 ) Pengurus Pasukan dan Sebelas ( 11 ) orang pemain mengikut kategori yang ditetapkan.

3.0 ACARA-ACARA

3.1 Pertandingan berpasukan ini akan dijalankan mengikut acara seperti berikut :-

3.1.1 Perlawanan pertama - Perseorangan lelaki
3.1.2 Perlawanan kedua - Beregu wanita
3.1.3 Perlawanan ketiga - Beregu veteran
3.1.4 Perlawanan keempat - Beregu Campuran
3.1.5 Perlawanan kelima - Beregu lelaki

3.2 Keputusan pertandingan adalah berdasarkan “ Best of Three Sets “ dengan sistem kiraan baru 21 mata setiap set.

3.3 Seseorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam satu-satu pertandingan samada acara perseorangan ataupun beregu.

4.0 PERINGATAN KEPADA PENGURUS PASUKAN/PEMAIN

4.1 Semua pemain hendaklah berpakaian lengkap dengan Kemeja-T berlengan.

4.2 Jika seseorang pemain gagal memasuki gelanggang permainan lima ( 5 ) minit selepas panggilan pertama diumumkan maka perlawanan itu dianggap batal.

4.3 Seseorang pemain tidak dibenarkan menukar peralatan atau meninggalkan gelanggang permainan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil pertandingan.

4.4 Pemain tidak dibenarkan menukar Bulu Tangkis ( Shuttle Cock ) tanpa mendapat kebenaran daripada pengadil pertandingan.

4.5 Pemain dibenarkan mengambil minuman semasa perlawanan setelah mendapat kebenaran daripada pengadil pertandingan.

4.6 Seseorang pemain yang mengalami kecederaan atau kejang otot semasa perlawanan akan dibenarkan mendapat rawatan. Pihak pengadil akan menentukan samada pemain berkenaan boleh atau tidak meneruskan permainan. Kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seseorang pemain itu tidak dapat meneruskan permainan akibat dari kecederaan semasa perlawanan itu.

4.7 Tunjukajar ( coaching ) dari Pengurus Pasukan atau orang luar adalah dilarang semasa perlawanan berlangsung.

4.8 Keputusan Pengadil pertandingan adalah muktamad. Bagaimanapun, seseorang pemain boleh merayu kepada Pengadil Kehormat mengenai undang-undang permainan sahaja.

4.9 Keputusan Pengadil Kehormat terhadap segala perbalahan mengenai undang-undang permainan jika berbangkit semasa pertandingan adalah muktamad.

5.0 PERALATAN

5.1 Bulu Tangkis yang akan digunakan ialah jenis YONEX dan akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

PERATURAN GOLF

PERATURAN PERTANDINGAN GOLF


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

2.0 KELAYAKAN PESERTA

2.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada pegawai dan kakitangan RISDA, anak Syarikat RISDA dan Koperasi yang berdaftar dan menerima gaji dari badan-badan tersebut.

2.2 Peserta hendaklah menjadi ahli sebuah Kelab Golf dan mempunyai handicap 24 ( USGA ) dan kurang ( kebawah ).

2.3 Peserta hendaklah pemain amatur mengikut “Rules of Amatur Status as Approved of St. Andrew “ dan Local Club Rules”.

3.0 ACARA PERTANDINGAN

3.1 Semua pertandingan diadakan secara “System 36 – Stable Ford” 1 pusingan untuk 18 lubang.

3.2 Tiap-tiap zon dibenarkan untuk menghantar satu ( 1 ) pasukan yang mengandungi Dua Belas ( 12 ) orang pemain yang didaftarkan terlebih dahulu.

3.3 Semua pemain untuk acara pasukan hendaklah mempunyai handicap sekurang-kurangnya 24 kebawah. Handicap pada kejohanan anjuran RISDA atau kelab pemain terakhir hendaklah digunakan.

3.4 Pemenang pertandingan ini adalah pasukan yang mengandungi jumlah mata “System 36 – Stable Ford” bagi dua belas ( 12 ) pemain yang menyertai pertandingan bagi 18 lubang.

3.5 Sekiranya terdapat pemain yang tidak menghabiskan permainan 18 lubang maka permainannya dikira batal. Perkiraan mata kepada hanya pemain dari setiap pasukan itu yang menghabiskan permainan sehingga 18 lubang.

4.0 PERATURAN PERMAINAN

4.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh “The Royal and Ancient Golf Club of St. Andrews” dan Undang-undang Tempatan ( Local Rules ) melainkan apa-apa pengecualian atau keputusan lain yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola.

4.2 Tiap-tiap zon adalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa hanya peserta yang layak mengikut peraturan 2 sahaja dipilih untuk mewakili pasukan. Jika terdapat mana-mana peserta yang tidak layak, pasukan/peserta yang terlibat akan dianggap sebagai tersingkir dari pertandingan.

4.3 Giliran pemain adalah mengikut ketetapan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola. Giliran ini hanya boleh diubah oleh jawatankuasa tersebut.

4.4 Peserta-peserta hendaklah melaporkan diri kepada Pelepas dengan handicap mereka yang terbaru sekali. Jika berlainan daripada handicap yang tercatat dalam borang masuk pertandingan ianya akan boleh membatalkan penyertaan mereka.

4.5 Jawatankuasa Pengelola berhak :-

4.5.1 Mengubah masa dan giliran permainan peserta-peserta
4.5.2 Menukar handicap peserta-peserta sebelum pertandingan.

4.6 Peserta-peserta hendaklah melaporkan diri kepada Pelepas 15 minit sebelum masa giliran yang ditetapkan. Peserta yang lewat mengkin dibatalkan.

4.7 Sekiranya keputusan pertandingan individu berakhir dengan seri , pemenang akan ditentukan dengan cara seperti berikut :-

4.7.1 Handicap terendah mengikut sistem kiraan “System 36 – Stable Ford” dikira pemenang.


4.7.2 Sekiranya perkara di 4.7.1 didapati masih seri maka kiraan semula mata berdasarkan 9 lubang terakhir, 6 lubang terakhir, 3 lubang terakhir dan lubang terakhir.

4.8 Diakhir pertandingan setiap pasukan dari setiap zon hanya layak untuk menerima satu kemenangan yang terbaik sahaja. Jika keputusan bagi kedudukan pertama dan kedua adalah dari zon yang sama maka zon berkenaan hanya akan diputuskan untuk kedudukan pertama sahaja. Kesemua pemain dari zon akan menerima hadiah tempat pertama. Pasukan dari zon lain yang menduduki tempat berikutnya akan mendapat tempat kedua.

5.0 KUASA DAN KEPUTUSAN

5.1 Peraturan-peraturan pertandingan adalah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Apa-apa perubahan ke atasnya hendaklah mendapat persetujuan jawatankuasa tersebut terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan semasa pertandingan itu dijalankan adalah muktamad.

6.0 KESELAMATAN

6.1 Jawatankuasa Pengelola dan agen-agennya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan anggota atau kehilangan harta benda berhubung dengan pertandingan ini.

7.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DITERANGKAN

7.1 Jawatankuasa Pengelola berkuasa membuat sebarang keputusan yang difikirkan wajar untuk menjayakan pertandingan ini. Bagi perkara-perkara yang tidak tercatat di dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.

PERATURAN SEPAK TAKRAW

PERATURAN PERTANDINGAN TAKRAW


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1,2 Selain daripada peraturan permainan yang dinyatakan, maka pertandingan ini akan mengikut undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua keputusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil pertandingan.

1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berdasarkan Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia ( PSM ).

1.3.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.

2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan seorang ( 1 ) Pengurus Pasukan serta lapan ( 8 ) orang pemain senior dan empat ( 4 ) orang pemain veteran/eksekutif.

3.0 SISTEM/FORMAT PERTANDINGAN

3.1 Susunan permainan adalah seperti berikut :-

3.1.1 Regu satu ( 1 ) - Senior
3.1.2 Regu dua ( 2 ) - Veteran
3.1.3 Regu tiga ( 3 ) - Senior




3.2 Perlawanan akan dijalankan berdasarkan sistem kiraan mata yang baru iaitu 21 mata bagi setiap set. Jika berlaku seri selepas dua (2 ) set maka perlawanan penentuan akan dijalankan melalui “tie break “.


4.0 SYARAT-SYARAT LAIN

4.1 Semua pasukan hendaklah memakai pakaian seragam ( jersey ). Adalah dilarang memakai barangan perhiasan ( cincin, jam dll ) yang boleh mendatangkan bahaya kepada pemain lain.

4.2 Jika seseorang pemain gagal memasuki gelanggang permainan lima ( 5 ) minit selepas panggilan pertama diumumkan maka perlawanan itu dianggap batal.

4.3 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil pertandingan.

4.4 seseorang pemain yang mengalami kecederaan atau kejang otot semasa perlawanan akan diberikan masa lima ( 5 ) minit untuk rawatan. Masa rawatan tambahan tidak akan dibenarkan bagi kecederaan selanjutnya.

4.5 Tunjukajar ( coaching ) dari pengurus Pasukan atau orang luar adalah dilarang semasa perlawanan berlangsung.

4.6 Keputusan Pengadil pertandingan adalah muktamad. Bagaimanapun, seseorang pemain boleh merayu kepada Pengadil Kehormat mengenai undang-undang permainan sahaja.

4.7 Keputusan Pengadil Kehormat terhadap segala perbalahan mengenai undang-undang permainan jika berbangkit semasa pertandingan adalah muktamad.


5.0 PERALATAN

5.1 Bola yang akan digunakan adalah jenama Gajah Emas 501 jenis “Syntetic”

PERATURAN PING PONG

PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan permainan yang dinyatakan, maka pertandingan ini akan mengikut Undang-Undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ITTF.

1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan seorang ( 1 ) Pengurus Pasukan dan Sebelas ( 11 ) orang pemain.

2.3 Pertandingan berpasukan akan dijalankan mengikut susunan seperti berikut :-

2.3.1 Perlawanan Pertama - Perseorangan Lelaki
2.3.2 Perlawanan Kedua - Beregu Wanita
2.3.3 Perlawanan Ketiga - Beregu Veteran
2.3.4 Perlawanan Keempat - Beregu Lelaki
2.3.5 Perlawanan Kelima - Beregu Lelaki

2.4 Seseorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam sesuatu pertandingan samada acara perseorangan ataupun beregu.


3.0 SYARAT-SYARAT

3.1 Semua pemain hendaklah berpakaian warna zon masing-masing kecuali pakaian berwarna kuning atau orange tidak dibenarkan semasa pertandingan.

3.2 Jika seseorang pemain gagal memasuki gelanggang permainan lima ( 5 ) minit selepas panggilan pertama diumumkan maka perlawanan itu dianggap batal.

3.3 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan meja permainan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil pertandingan.

3.4 Pemain tidak dibenarkan menukar bola ping pong tanpa mendapat kebenaran daripada pengadil pertandingan.

3.5 Pemain dibenarkan mengambil minuman dengan kebenaran pengadil pertandingan semasa permainan berlangsung.

3.6 Tunjukajar ( coaching ) dari Pengurus Pasukan atau orang luar adalah dilarang semasa perlawanan berlangsung.

3.7 seseorang pemain yang mengalami kecederaan atau kejang otot semasa perlawanan berlangsung akan diberi masa lima ( 5 ) minit untuk rawatan. Masa rawatan tambahan tidak akan dibenarkan bagi kecederaan selanjutnya.

3.8 Keputusan Pengadil Pertandingan adalah muktamad. Bagaimanapun, seseorang pemain boleh merayu kepada Pengadil Kehormat mengenai undang-undang permainan sahaja.

3.9 Keputusan Pengadil Kehormat terhadap segala perbalahan mengenai undang-undang permainan jika berbangkit semasa pertandingan adalah muktamad.


4.0 PERALATAN


4.1 Seseorang pemain mestilah mempunyai Bat Ping Pong sendiri mengikut syarat seperti berikut :-

“ The side of racket to strike the ball must be covered with rubber approved by ITTF. A point is lost if the side of the racket which not covered eith rubber is used to strike the ball “.


4.2 Bola ping pong dari jenis Nitaku 3 bintang berwarna kuning akan digunakan sepanjang kejohanan dan disediakan oleh Jawatankuasa Pengajur.

4.3 Perlawanan akan dijalankan berdasarkan sistem kiraan mata yang baru iaitu 11 mata. Kemenangan akan ditentukan berdasarkan “ best of five sets “.

PERATURAN CARROM

PERATURAN PERTANDINGAN KAROM


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Undang-undang permainan adalah mengikut undang-undang karom yang biasa dimainkan di pertandingan Peringkat Kebangsaan.

1.3 Penyertaan pemain-pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diterima oleh Jawatankuasa Penganjur.

2.0 FORMAT PERTANDINGAN

2.1 Setiap zon dibenarkan untuk mendaftar dua ( 2 ) pasukan iaitu :-

2.1.1 Satu ( 1 ) pasukan lelaki
2.1.2 Satu ( 1 ) pasukan wanita

2.2 Setiap pasukan hendaklah terdiri dari seorang Pengurus Pasukan dan lapan ( 8 ) orang pemain.

2.3 Pertandingan secara berpasukan akan dibahagikan seperti berikut :-

2.3.1 Tiga ( 3 ) perseorangan
2.3.2 Dua ( 2 ) beregu

2.4 Pertandingan akan dijalankan serentak mengikut pasukan seperti di para 3.1.

2.5 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam satu-satu pertandingan samada secara perseorangan atau beregu.

3.0 PERINGATAN KEPADA PENGURUS PASUKAN

3.1 Jika seseorang pemain gagal menghadirkan diri di tempat permainan lima ( 5 ) minit selepas panggilan diumumkan maka perlawanannya dianggap batal.

3.2 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan meja permainan tanpa mendapat kebenaran daripada pengadil pertandingan.

4.0 SYARAT-SYARAT

4.1 ‘Striker’ tidak disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Pemain perlu menyediakan ‘striker’ sendiri.

4.2 Pertandingan dijalankan tanpa “ Seed “ merah. Seed merah akan dikeluarkan oleh pengadil selepas pukulan pertama.

4.3 Striker pemain hendaklah boleh masuk ke dalam ke empat-empat poket melalui permukaan papan karom.

4.4 Striker pemain mestilah menyentuh kedua-dua garisan UFUK ( Double Line ) ketika membuat pukulan.

4.5 Striker pemain mestilah menutupi bulatan penuh ( Full Moon ), tetapi tidak boleh menyentuh garisan “ ARROW “ kiri atau kanan pemain.

4.6 Striker pemain tidak boleh diuji semasa pertandingan sedang berjalan.

4.7 Striker tidak boleh ditukar semasa pertandingan sedang berjalan kecuali pada set berikutnya.

4.8 Hanya pergelangan tangan sahaja dibenarkan berada di atas bingkai papan karom tetapi tidak memasuki permukaan papan karom semasa membuat pukulan.

4.9 Siku atau badan pemain tidak boleh melebihi garisan “ Arrow “ samada kiri atau kanan pemain semasa membuat pukulan.

4.10 Kerusi tempat duduk pemain tidak boleh diubah atau dialihkan semasa hendak membuat pukulan.

4.11 Seed yang terpelanting keluar dari permukaan papan karom hendaklah diletakkan di tengah bulatan.

4.12 Seed yang terpelanting keluar dan terkena tangan pemain, lalu jatuh ke atas permukaan papan karom adalah dikira keluar dan perlu diletakkan di tengah bulatan.

4.13 Jika striker masuk poket sedangkan kedua-dua pihak masih maksima sembilan ( 9 ) seed, tiada denda dikenakan.

4.14 Denda satu ( 1 ) seed dan hilang giliran bila memasukkan seed dan striker serentak ke dalam poket, kecuali seed yang terakhir.

4.15 Denda satu ( 1 ) seed dan hilang giliran sekiranya masuk striker ke dalam poket.

4.16 Mana-mana seed yang menyentuh “ Arrow “ dikawasan sendiri adalah seed mati. Denda satu ( 1 ) seed dan hilang giliran sekiranya memukul seed yang sedia mati dengan tidak “ connection “.

4.17 Pemain-pemain dilarang mengganggu konsentrasi pihak lawan dengan apa cara sekalipun semasa dalam permainan.

4.18 Dalam acara beregu, perbincangan dengan pasangan adalah dibenarkan hanya apabila tiba giliran pasangan tersebut.

4.19 Segala kesulitan/masalah semasa pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

4.20 Keputusan pengadil adalah muktamad.

PERATURAN DART

PERATURAN PERTANDINGAN DART


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Undang-undang permainan adalah mengikut Undang-Undang Persatuan Dart Malaysia ( MDF ).

1.3 Semua masalah dan persoalan teknikal berkaitan dengan pertandingan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil pertandingan yang telah dilantik.

1.4 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.

2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain-pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.2 Setiap zon dibenarkan mendaftar dua ( 2 ) pasukan seperti berikut :-

2.2.1 Satu ( 1 ) pasukan lelaki.
2.2.2 Satu ( 1 ) pasukan wanita.

2.3 Setiap pasukan terdiri dari seorang Pengurus Pasukan dan tujuh ( 7 ) orang pemain.

2.4 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama pemain kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan semasa taklimat pengurus.

2.5 Senarai nama pemain hendaklah dikemukakan kepada Pengadil Pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan dengan menggunakan borang yang disediakan.

2.6 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan berkuasa menyemak Kad Pengenalan atau Kad Keselamatan pemain-pemain untuk menentukan kelayakan mereka.

2.7 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain tidak lebih dari dua ( 2 ) acara dalam setiap perlawanan iaitu acara empat sepasukan ( four-sum ) dan perseorangan atau beregu.

2.8 Pasukan yang didapati melanggar peraturan di para 2.7 di dalam sesuatu perlawanan boleh dibatalkan penyertaannya atau memberi kemenangan kepada pasukan lawannya.

3.0 TAKLIMAT PENGURUS

3.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan ( seperti yang telah dijadualkan ).

3.2 Penukaran nama pemain yang didaftarkan lebih awal boleh dibuat semasa taklimat pengurus pasukan. Selepas taklimat tersebut, sebarang permintaan penukaran atau pindaan pemain tidak dibenarkan.

4.0 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

4.1 Setiap pertandingan berpasukan ini akan terbahagi kepada acara dan susunan perlawanan seperti berikut :-

4.1.1 Empat Sepasukan ( Four-Sum )
4.1.2 Perseorangan 1
4.1.3 Beregu 1
4.1.4 Perseorangan 2
4.1.5 Beregu 2


5.0 PERATURAN PERMAINAN

5.1 Mata permulaan untuk pertandingan ini adalah seperti berikut :-

Permainan Lelaki Wanita

5.1.1 Empat Sepasukan (Four Sum) 1001 mata 501 mata
5.1.2 Perseorangan 501 mata 301 mata
5.1.3 Beregu 501 mata 301 mata


5.2 Permainan dijalankan secara Flying Start

5.3 Permainan dikira tamat apabila baki stor adalah sama dengan skor ganda dua ( double ) dari terakhir mana-mana pasukan atau Bull eye baki skor 50 markah ( dikira sebagai ganda dua 25 )

5.4 Ketika membuat balingan dart, pemain berkenaan hendaklah :-

5.4.1 Tidak melebihi garis tanda disediakan
5.4.2 Tidak membaling dart sambil berjalan
5.4.3 Memastikan kedua-dua kaki mencecah lantai. Salah satu tapak kaki hendaklah melekap penuh di latas antai

5.5 Perkiraan mata akan dibuat selepas balingan dart yang ketiga dan pengadil akan mengumumkan jumlah ketiga-tiga dart tersebut. Sekiranya terdapat dart yang terjatuh sebelum pengumuman oleh pengadil, dart yang terjatuh itu tidak akan membawa sebarang mata.

5.6 Jika skor balingan melebihi baki skor, maka mata balingan itu tidak dikira dan baki skor adalah sepertimana sebelum lbalingan.

5.7 Bagi acara wanita, jika skor kedua-dua pemain adalah 2 ( Mad House ), setiap pemain akan diberi peluang 3 pusingan balingan ( maksima 3 dart ). Jika masih tidak tamat, setiap pemain akan diberi 1 balingan ( 1 dart ) Bull Eye. Balingan yang tepat atau paling hampir akan dikira menang.


6.0 MENARIK DIRI ( WALK OVER )

6.1 Pasukan yang terlewat 15 minit daripada masa yang telah dijadualkan akan dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawan.

6.2 Menarik diri ( Walk Over ) tidak dibenarkan. Jika berlaku, maka pasukan/pemain yang berkenaan akan dihukum sebagai menarik diri daripada keseluruhan pertandingan ini.

6.3 Keputusan-keputusan pertandingan yang terdahulu tidak diambil kira bagi pasukan yang menarik diri.

6.4 Jika seseorang pemain gagal menghadiri ke tempat permainan lima ( 5 ) minit selepas panggilan kedua diumumkan maka perlawanannya dianggap kemenangan bagi pihak lawan.

6.5 Jadual pertandingan/perlawanan tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, pasukan-pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengetahui jadual dan masa pertandingan/perlawanan daripada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

7.0 SYARAT-SYARAT LAIN

7.1 Pengurus pasukan hendaklah memastikan pasukannya mempunyai Dart Set yang mencukupi.

7.2 Pemain dibenarkan menggunakan Dart Set sendiri tetapi tidak dibenarkan menukar dart semasa pertandingan dijalankan kecuali atas sebab-sebab munasabah dengan kebenaran pengadil bertugas.

7.3 Pemain tidak dibenarkan menguji dart semasa permainan sedang dijalankan.

7.4 Pemain-pemain juga dilarang bercakap atau meminta nasihat penyokong/penonton semasa permainan dijalankan.

7.5 Pemain-pemain juga dilarang mengganggu konsenstrasi lawan dengan apa cara sekalipun semasa permainan dijalankan.

7.6 Dalam acara Empat Sepasukan ( Four Sum ) dan beregu, perbincangan dengan pasangan adalah dibenarkan hanya apabila tiba giliran pasangan tersebut.

7.7 Pemain dibenarkan membuat pertanyaan ke atas jumlah mata balingan ( score ) dan baki mata daripada pengadil perlawanan.

7.8 Setiap pemain hendaklah berpakaian kemas. Pemain dibolehkan untuk memakai seluar slack dan T-Shirt berkolar mengikut warna pasukan masing-masing. Pemain tidak dibenarkan memakai ‘seluar jeans dan selipar’ sepanjang perlawanan berlangsung.

7.9 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan tempat pertandingan tanpa mendapat kebenaran pengadil bertugas terlebih dahulu.

7.10 Semasa perlawanan, minuman adalah tidak dibenarkan kecuali dengan mendapat kebenaran pengadil bertugas terlebih dahulu.

7.11 Segala masalah semasa pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada pengadil bertugas.

7.12 Dalam set balingan terakhir ( balingan double ), ‘advantage’ akan diberi kepada pihak lawan sekiranya balingan tersebut melebihi baki jumlah mata akhir dan balingan itu dikira batal.

7.13 Keputusan pengadil adalah muktamad.

PERATURAN BATU SEREMBAN DAN CONGKAK

PERATURAN PERTANDINGAN BATU SEREMBAN


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Setiap pasukan terdiri dari lima ( 5 ) pemain dan dua ( 2 ) pemain simpanan.

1.3 Pertandingan ini bertujuan memungut mata terbanyak.

1.4 Peralatan iaitu lima ( 5 ) uncang ( 3 cm persegi ) akan disediakan oleh penganjur pertandingan.

1.5 Pertandingan akan dijalankan ditempat yang rata.

1.6 Pertandingan ini terdiri dari tiga ( 3 ) pusingan bagi peringkat awal dan lima ( 5 ) pusingan bagi perlawanan akhir.

2.0 PERATURAN PERMAINAN

2.1 Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuh mana-mana buah yang berhampiran.

2.2 Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang dilambung itu jatuh ke lantai.

2.3 Tiap kali satu-satu peringkat, semua buah dikumpulkan dan diserakkan untuk ke peringkat lain.

2.4 Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu kesilapan/kesalahan telah dilakukan ( setiap pemain akan bermula dengan buah satu ).

2.5 Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya di peringkat ia telah melakukan kesilapan.

3.0 CARA BERMAIN

3.1 Buah Satu

Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ke tangan kiri. Ulang semula sehingga buah dilantai habis. Dan dengan sekali lambung masukkan buah dikumpul dikiri dan tangan kanan.

3.2 Buah Dua

Sama seperti buah satu, Cuma pungut dua setiap lambungan.

3.3 Buah Tiga

Sama juga seperti buah satu dan dua, bezanya sekali lambung pungut satu dan lambungan kedua pungut tiga.

3.4 Buah Empat

Sama, pungut ke empat-empat buah dengan sekali lambung.

3.5 Buah Lima

Serakkan seperti biasa, ambil 3 buah di tangan kanan dan 2 buah di tangan kanan sambil meletakkan ke lantai buah-buah yang ada di kedua-dua tangan dan segera sambut buah yang dilambung.

3.6 Buah Sentuh

Seperti buah satu, Cuma sentuh sahaja setiap buah dilantai. Dengan sekali pungut kesemua buah.

3.7 Buah Pungut

Sama, Cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan masukkan ke tangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan ke tangan kanan semula.

3.8 Buah Tukar

Serakkan buah, ambil satu dan lambung, pungut satu buah. Sekali lagi lambung sambil menukar buah ditangan dengan satu buah di lantai. Ulang hingga kesemua buah-buah ditukar. Akhir sekali, sambil lambung letakkan buah di tangan ke lantai dan sekali lambung pungut kesemua buah.

3.9 Buah Lambung

Sama seperti buah tukar, bezanya kedua-dua biji buah dilambung dan cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan kanan pungut satu buah di lantai terus sambut buah yang di lambung. Ulang hingga habis buah di lantai. Sekali lambung kumpulkan ke tangan kanan.

3.10 Buah Timbang

Untuk menentukan mata, points, timbangkan buah ke belakang tapak tangan sekiranya dapat lima, disambut semula ke tapak tangan dengan angka lima juga dan mata dikira lima.

3.11 Sebarang peraturan yang tidak dicatatkan dalam peraturan ini akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Teknikal dan Peraturan.


3.12 Keputusan Jawtankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.

PESTA SUKAN KEBANGSAAN RISDA
KALI KE XV TAHUN 2008

PERATURAN PERTANDINGAN CONGKAK


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Mempunyai Lima ( 5 ) orang pemain dan Dua ( 2 ) orang pemain simpanan.

1.3 Setiap Papan Congkak mengandungi sekampung tujuh ( 7 ) rumah anak serta satu ( 1 ) rumah ibu dimana setiap rumah anak diisi cakak.

1.4 Papan Congkak serta Cakak akan disediakan oleh penganjur pertandingan.


2.0 PERATURAN DAN CARA

2.1 Dua ( 2 ) orang peserta berhadapan.

2.2 Permainan dilaksanakan dalam dua ( 2 ) papan. Kedua-dua peserta jalan/menapak serampak untuk papan pertama dan kedua.

2.3 Setelah diberi aba-aba :-

2.3.1 Mula permainan dengan mengambil semua cakak dari mana-mana rumah anak di kampong sendiri, kemudian

2.3.2 Menapak dari kanan ke kiri, lalu

2.3.3 Masukkan cakak satu demi satu butir kedalam tiap rumah dengan,

2.3.4 Mengelilingi kampong rumah papan congkak, dalam

2.3.5 Keadaan tangan genggam terngadah, ikut

2.3.6 Giliran jalan/menapak

2.4 Melangkah/melangkau/memintas adalah ditegah, apabila tiba dirumah ibu sendiri hendaklah dimasukkan juga satu ( 1 ) butir cakak tetapi tidak di ibu rumah lawan. Cakak yang masuk ke rumah ibu lawan adalah menjadi kepunyaan lawan.

2.5 Cakak terakhir masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggaman dulu sebelum mengambil cakak kembali menapak.

2.6 Peserta mati giliran/menapak ialah jika cakak akhir masuk kemana-mana rumah kosong. Peserta lawan akan mendapat giliran jalan.

2.7 Jika naik rumah maka peserta hidup dan boleh meneruskan jalan semula.

2.8 Hanya boleh ditikam setelah melalui kampong lawan. Tikam layer adalah ditegah.

2.9 Setiap sentuhan cakak mesti mulakan jalan. Undan diberikan hanya lima ( 5 ) saat.

2.10 Permainan papan kedua dan seterusnya dimulakan dengan tiada rumah yang terbakar.

3.0 LARANGAN DAN DENDAAN

3.1 Satu Kesalahan :

3.1.1 Mendepani aba-aba menapak jalan serampak ;

3.1.2 Bermain dengan genggaman terlungkup;

3.1.3 Tidak memasukkan cakak ke rumah ibu atau rumah cakak;

3.1.4 Sentuhan cakak yang tidak berjalan/menapak;

3.1.5 Dikira berfikir lebih lima ( 5 ) saat;

3.1.6 Cakak akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa cakak yang baru;

3.1.7 Memasukkan cakak dimana-mana rumah anak dan ibu lebih dari satu ( 1 ) butir.

3.2 Buang Gelanggang :

3.2.1 Mana-mana pemain yang dikira tiga ( 3 ) kali berbuat bukan sopan;

3.2.2 Mana-mana pemain yang berbuat bukan dalam permainan.

4.0 PENILAIAN

4.1 Permainan mengikut pola “ Menang Tapak “.

4.2 “ Pemain Menang “ ialah yang menang dua ( 2 ) papan.

4.3 “ Pasukan yang menang “ ialah tiga ( 3 ) pemain yang menang.


5.0 PENENTUAN KEMENANGAN

5.1 Pola Menang - Menang Tapak

5.2 Penentuan Kemenangan - Menang 2 papan

5.3 Perkiraan :

5.3.1 Menang - Dua ( 2 ) mata

5.3.2 Mendapat jumlah mata tertinggi

5.3.3 Jika serI - Dikira set menang yang terbanyak

5.3.4 Jika seri set menang - Dikira set kalah yang sedikit
5.3.5 Jika masih seri - Ditambah satu ( 1 ) papan Permainan untuK menentuKan kemenangan.

PERATURAN MINI MARATHON

PERATURAN PERTANDINGAN MINI MARATHON


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua pasukan Pesta Sukan Kebangsaan RISDA mengikut zon yang telah ditetapkan.

1.3 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia ( KOAM ).

2.0 PENYERTAAN

2.1 Setiap zon dikehendaki untuk mendaftar bilangan peserta sebagaimana yang ditetapkan bagi setiap kategori yang dipertandingkan iaitu seperti berikut :-


Kategori Bilangan Peserta

2.1.1 Lelaki Senior ( 18 tahun ke atas ) 5 orang
2.1.2 Lelaki Veteran ( 40 tahun dan ke atas ) 5 orang
2.1.3 Wanita ( 18 tahun keatas ) 5 orang


3.0 FORMAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan akan dijalankan sebagai satu pasukan.

3.2 Jarak laluan setiap kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

Kategori Jarak Laluan

3.2.1 Lelaki Senior ( 18 tahun ke atas ) 6 km
3.2.2 Lelaki Veteran ( 40 tahun dan ke atas ) 3 km
3.2.3 Wanita ( 18 tahun keatas ) 3 km






3.3 Masa yang ditetapkan untuk peserta menamatkan perlumbaan adalah seperti berikut :-

Kategori Masa

3.3.1 Lelaki Senior ( 18 tahun ke atas ) 30 minit
3.3.2 Lelaki Veteran ( 40 tahun dan ke atas ) 30 minit
3.3 .3 Wanita ( 18 tahun keatas ) 30 minit

3.4 Mata akan diberikan berdasarkan :-

3.4.1 Peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan mengikut masa dan syarat lain yang ditetapkan akan diberi mata bersamaan dengan kedudukannya seperti contoh dibawah.

Kedudukan Mata

Nombor 1 1
Nombor 2 2
Nombor 3 3
Nombor 4 4
Nombor 5 5
Dan seterusnya

3.4.2 Peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan tetapi melebihi masa yang ditetapkan akan diberi mata maksima iaitu 21 mata.

3.4.3 Peserta yang gagal menamatkan perlumbaan atau dibatalkan penyertaannya akan diberi mata maksima iaitu 21 mata.


3.4.4 Pasukan yang tidak menghantar bilangan peserta yang mencukupi bagi setiap kategori akan diberi mata maksima iaitu 21 mata bagi setiap bilangan peserta yang kurang.

3.5 Pasukan yang mengumpul JUMLAH MATA TERENDAH daripada kesemua kategori yang dipertandingkan akan diisytiharkan sebagai pemenang.

4.0 LAIN-LAIN

4.1 Warna nombor peserta adalah mengikut warna kategori masing-masing dan dibahagikan mengikut siri.






4.2 Peserta mesti memakai 2 nombor pertandingan serta dipinkan dibahagian hadapan dan belakang baju.

4.3 Semua borang penyertaan hendaklah sampai kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula.

4.4 Peserta-peserta mesti melapor diri sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan bermula.

4.5 Peserta-peserta dikehendaki memakai pakaian sukan yang bersesuaian.

4.6 Peserta tidak boleh mengambil minuman atau apa-apa bantuan semasa pertandingan.

4.7 Peserta yang keluar dari perlumbaan di separuh jalan tidak akan dibenarkan menyambung semula perlumbaan.

4.8 Peserta yang didapati berkelakuan buruk atau mengganggu peserta-peserta lain akan dibatalkan dari pertandingan.

4.9 Arahan daripada pegawai-pegawai pertandingan mesti diikuti dan dipatuhi.

4.10 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan berhak membuat keputusan atas hal-hal yang tidak dinyatakan di sini.

PERATURAN BOWLING

PERATURAN PERTANDINGAN BOWLING


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung maka pertandingan ini akan mengikut Undang-Undang Kongres Bowling Tenpin Malaysia ( NTBC ) dan FIQ.


2.0 PENYERTAAN

2.1 Setiap zon dibenarkan menghantar 2 pasukan terdiri dari :-

2.1.1 Satu pasukan lelaki ( 1 Pengurus dan 6 Pemain )
2.1.2 Satu pasukan wanita ( 1 Pengurus dan 6 Pemain )

3.0 FORMAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan berpasukan ini akan dijalankan mengikut acara dan susunan seperti berikut :-

3.1.1 Beregu ( two team event )
3.1.2 Empat Sepasukan ( four team event )

3.2 Setiap acara akan dijalankan sebanyak 10 ‘games’ dan terbahagi kepada 2 siri iaitu 5 ‘games’ ( 50 frames ) bagi setiap siri.

3.3 Undian akan dijalankan bagi menentu ‘lane’ pasukan yang akan bertanding.

3.4 Setiap pasukan akan mendaftar pemain-pemain bagi setiap acara (event). Tidak dibenarkan sebarang pertukaran pemain antara acara (event) sebaik sahaja pertandingan dimulakan. Senarai pemain untuk siri 2 adalah sama dengan senarai pemain pada siri 1.

3.5 Peraturan 3.1, 3.2 dan 3.3 adalah merangkumi bagi pasukan lelaki dan wanita.




3.6 Jika seseorang pemain hadir selepas perlawanan telah bermula atau tidak dapat meneruskan permainan atas sebab yang tidak dapat dielakkan dengan kebenaran Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan, ‘blind score’ akan diberi bagi ‘game’ yang berkenaan seperti berikut :-

3.6.1 Lelaki : 100 jatuhan pin
3.6.2 Wanita : 80 jatuhan pin

3.7 Pasukan dikira menang berdasarkan Jumlah Besar jatuhan pin terbanyak bagi Acara Bergu dan Acara Empat Sepasukan.


4.0 PERATURAN/ETIKA PERMAINAN BOWLING

4.1 Semua pasukan diwajibkan berada di dalam gelanggang 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

4.2 Jika pemain memasuki gelanggang pemain 15 minit selepas panggilan pertama diumumkan, maka perlawanan dianggap batal.

4.3 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang permainan tanpa kebenaran daripada pengadil.

4.4 Tunjuk ajar daripada pengurus atau orang luar adalah dilarang semasa perlawanan berlangsung.

4.5 keputusan pengadil adalah muktamad. Bagaimanapun pemainboleh merayu kepada pengadil mengenai undang-undang permainan sahaja.

4.6 Kasut bowling pemain hendaklah kering. Kasut yang basah adalah merbahaya (elakkan memakai kasut bowling apabila ke tandas).

4.7 Elakkan menyapu ‘resin’ atau ‘bedak’ pada tapak kasut.

4.8 Pemain hendaklah bersedia apabila anak panah menunjukkan giliran nama pemain yang berkenaan.

4.9 Pemain dikehendaki memberikan laluan kepada pemain yang berada diatas ‘lane’ (kiri atau kanan) untuk menghabiskan permainan mereka sebelum pemain melangkah ke “approach”.

4.10 Jikalau terdapat dua orang pemain yang berada di atas “approach” pemain yang berada disebelah kanan haruslah membuat balingan dahulu.




4.11 Pulang ke “approach” selepas membuat balingan. Elakkan melintas ‘lane approach’ yang lain kerana ini akan mengganggu pemain yang lain.

4.12 Pemain dilarang menghempaskan bola ke atas ‘lane’ kerana ini akan merosakkan ‘lane’ dan permainan.

4.13 Semasa tidak membuat balingan pemain hendaklah duduk di kawasan tempat duduk pemain yang dikhaskan.

4.14 Permainan akan dijalankan secara ‘cross lane’ sepanjang pertandingan dijalankan.

4.15 Pemain dilarang membuat bising kerana ini akan mengganggu pemain lain.

4.16 Pemain dikehendaki memulangkan (meletakkan) semula bola bowling ke rak bola selepas menghabiskan permainan kecuali bola sendiri.


5.0 PENENTUAN KEMENANGAN

5.1 Kemenangan Pasukan

Johan dan Naib Johan bagi keseluruhan kategori lelaki dan wanita adalah seperti di para 3.7 iaitu jumlah jatuhan bagi kedua acara (beregu dan empat sepasukan) untuk pasukan tersebut.

5.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.

PERATURAN BOLA TAMPAR

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung maka pertandingan ini akan mengikut Undang-Undang Bola Tampar Antarabangsa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIVB.

1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil Pertandingan.

1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-Undang Bola Tampar Antarabangsa ( FIVB )

1.3.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.


2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain-pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.


3.0 PERINGATAN KEPADA PENGURUS PASUKAN

3.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi/baju yang bernombor dihadapan dan belakang dengan warna mengikut warna zon masing-masing. Seluar panjang ( Track Bottom ) boleh dipakai dengan kebenaran pengadil perlawanan.






3.2 Jika sesuatu pasukan gagal memasuki gelanggang permainan selepas pengadil memanggil untuk kali ketiga atau selepas 15 minit pertandingan patut bermula, pasukan itu akan diisytiharkan kalah.

3.3 Jadual pertandingan/perlawanan tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengetahui jadual dan masa pertandingan/perlawanan daripada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

3.4 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang permainan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil.


4.0 SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan akan dijalankan menggunakan sistem kiraan mata yang baru iaitu 25 mata setiap set. Set penentuan ( rubber set ) akan dijalankan secara kiraan 15 mata.

4.2 Pertandingan akan dijalankan berdasarkan secara “ best of three “ (peringkat awal) dan “best of five” (peringkat akhir).

PERATURAN BOLA JARING

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang dinyatakan ini peraturan atau undang-undang disepanjang pertandingan ini adalah mengikut undang-undang Bola Jaring Antarabangsa ( IFNA 10983 - 1987 )

1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua kejadian am akan dinyatakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil pertandingan.

1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada undang-undang Bola Jaring Antarabangsa ( IFNA ).

1.3.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.


2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain-pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.2 Setiap pasukan hanya dibenar mendaftarkan 11 orang iaitu :-

2.2.1 Seorang ( 1 ) Pengurus,
2.2.2 Seorang ( 1 ) Jurulatih,
2.2.3 Sepuluh ( 10 ) orang pemain.

2.3 Pendaftaran pemain hendaklah dikemukakan kepada pengadil perlawanan 15 minit sebelum setiap pertandingan dimulakan dengan menggunakan borang yang disediakan.





3.0 SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Masa pertandingan ialah 20 minit bahagian pertama, masa rehat tidak melebihi 15 minit ( kecuali dengan izin pengadil ) dan 20 minit bahagian kedua.

3.2 Jika sesuatu pasukan menarik diri dari satu perlawanan, pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan ini keseluruhannya.

3.3 Setiap pasukan dikehendaki berada di padang 5 minit lebih awal pada setiap kali perlawanan bermula. Lima belas ( 15 ) minit akan diberi untuk masa kelewatan. Jika tamat masa itu sesuatu pasukan tidak hadir dengan sekurang-kurangnya 5 pemain, pasukan itu dikira batal.

3.4 Masa hilang disebabkan kecederaanatau sebab-sebab yang lain akan dicatat dan dicampurkan ke bahagian separuh permainan itu. Masa lebihan tidak dibenarkan melainkan mengambil lemparan denda percuma atau jaringan denda percuma.

3.5 Bila seorang pemain mendapat cedera atau sakit dan tidak dapat meyambung permainannya, pemain bolehlah dihentikan lima ( 5 ) minit untuk menentukan samada pemain itu boleh menyambung permainannya. Keputusan pengadil adalah muktamad.

3.6 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas diganti.

3.7 Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang pemain yang telah mengambil kedudukan pemain lewat itu.

3.8 Pemain yang lewat sampai tidak boleh memasuki permainan yang sedang dijalankan melainkan setelah mendapat kebenaran pengadil.

3.9 Jadual baru bagi pertandingan-pertandingan yang ditangguhkan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.


4.0 PENGADIL

4.1 Pihak pengelola akan menyediakan Pengadil, Penjaga Masa dan Pencatat Masa. Keputusan pengadil adalah muktamad.









5.0 PAKAIAN

5.1 Pakaian seragam yang boleh didaftarkan termasuk ‘bibs ( dibawa sendiri oleh zon masing-masing ) yang mempunyai huruf-huruf mula yang menunjukkan kedudukan pemain-pemain berukuran 8” tinggi mestilah dipakai setiap masa.

5.2 Kasut-kasut yang dibuat dari bahan ringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku ( spike ) tidak boleh digunakan.

5.3 Sebarang barang kemas tidak boleh dipakai.

5.4 Kuku jari mestilah dipotong pendek.


6.0 BOLA

6.1 Setiap pasukan hendaklah menyediakan bola sendiri. Bola yang dibenarkan ialah bola jaring saiz 5, besar lilitan 27” dan berat 14oz. Bola tersebut mestilah getah jenis Mitre atau Mikasa yang digunakan didalam dewan.


7.0 DISIPLIN

7.1 Melanggar peraturan dan/atau menggunakan sebarang pergerakan ( aksi ) yang tidak diliputi oleh peraturan-peraturan pertandingan dengan cara mennetang semangat permainan tidak dibenarkan.

PERATURAN BOLASEPAK

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK


1.0 AM

1.1 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan mengambil segala tindakan dan membuat semua keputusan perlu bagi menentukan pertandingan dijalankan dengan sempurna tertakluk kepada peraturan ini.


2.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

2.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan Am Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

2.2 Kecuali apa yang disebut di dalam peraturan am dan syarat-syarat pertandingan yang menguasai permainan-permainan tersebut, maka undang-undang yang berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ).

2.3 Pertandingan ini adalah terbuka sepertimana dinayatakan pada para 9.1 dan 9.2 Peraturan Am Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Kali ke XV Tahun 2008.

2.4 Setiap pasukan hendaklah mengemukakan nama sebelas ( 11 ) pemain dan tujuh ( 7 ) pemain simpanan serta nombor jersi di dalam borang yang disediakan kepada pengadil perlawanan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum perlawanan bermula.

2.5 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang pertandingan dijalankan.

2.6 Pasukan yang melanggar peraturan-peraturan diatas boleh diambil tindakan termasuk memberi kemenangan kepada pasukan lawan.









2.7 Mana-mana lima orang pemain simpanan ( termasuk penjaga gol ) boleh mengganti mana-mana pemain dalam perlawanan termasuk masa tambahan. Mana-mana pemain yang kena ganti tidak boleh bermain semula dalam perlawanan tersebut termasuk tendangan penalti.

2.8 Ketua Pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di lengan kiri jersinya. Sekiranya Ketua Pasukan digantikan, maka lilitan lengan tersebut diberi pula kepada pemain yang mengambilalih sebagai Ketua Pasukan.

2.9 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan seperti berikut :-

2.9.1 Semua kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil perlawanan.

2.9.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-Undang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ).

2.9.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.


3.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

3.1 Penyertaan pemain-pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.


3.2 Pemain-pemain yang digantung oleh mana-mana Badang Kebangsaan dan Negeri serta gabungannya tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

4.0 PAKAIAN/ALATAN

4.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai jersi mengikut warna zon masing-masing.

4.2 Setiap pemain dimestikan memakai ‘ Shin Guard ‘

4.3 Pemain dibenarkan memakai ‘ track bottom ‘




4.4 Sekiranya kedua-dua pasukan yang akan bermain memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang tidak memakai warna zon dikehendaki menukar jersinya.

5.0 MASA PERLAWANAN

5.1 Masa perlawanan adalah 35 minit bagi separuh masa pertama dan 35 minit bagi separuh masa kedua. Rehat pada separuh masa hendaklah tidak melebihi 15 minit kecuali dengan izin pengadil.

5.2 Satu masa tidak melebihi 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas daripada masa ini pasukan lawan mempunyai pemain minimum dikira mendapat kemenangan percuma, tertakluk kepada para 7.0.

6.0 PENENTUAN KEMENANGAN

6.1 Pasukan yang dapat menjaringkan gol terbanyak di dalam satu-satu perlawanan akan dikira sebagai pemenang.

6.2 Pusingan Awal

6.2.1 Jika perlawanan berkeputusan seri selepas tamat tempoh masa sebenar ( 70 minit ), pemain tidak boleh meninggalkan padang kecuali dengan kebenaran pengadil.

6.2.2 Bagi menentukan pemenang dan perlawanan seterusnya, lima ( 5 ) tendangan penalti akan diambil secara berselang.

6.2.3 Jika selepas lima ( 5 ) tendangan penalti diambil kedudukan masih seri, maka tendangan penalti akan diambil lagi secara ‘ Sudden Death ‘ hingga tercapai keputusan muktamad.

6.3 Perlawanan Akhir

6.3.1 Jika kepurtusan perlawanan seri selepas tamat tempoh masa sebenar ( 70 minit ), masa tambahan akan diberikan mengandungi dua bahagian iaitu 10 minit tiap-tiap bahagian tanpa rehat. Pemain tidak boleh meninggalkan padang pada waktu rehat dalam masa tambahan kecuali kebenaran pengadil. Permainan adalah secara ‘ Sudden Death ‘ pada masa tambahan tersebut dijalankan.

6.3.2 Jika keputusan masih seri, maka ( 5 ) tendangan penalti akan diambil secara berselang.





6.3.3 Jika selepas lima ( 5 ) tendangan penalti diambil kedudukan masih seri, maka tendangan penalti akan diambil lagi secara ‘ Sudden Death ‘ hingga tercapai keputusan muktamad.

6.4 Semua keputusan pengadil adalah muktamad.


7.0 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI

7.1 Sekurang-kurangnya mestilah ada 9 orang pemain bagi sesuatu pasukan berada di padang sebelum dimulakan. Jika kurang daripada ini, pasukan tersebut dikira memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan dengan jaringan gol 2 kosong.

7.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 9 orang pemain atau lebih apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang ditetapkan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan yang akan mengambil tindakan yang difikirkan perlu.


8.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

8.1 Sekiranya Pengadil Perlawanan berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan nasihat Pengadil, pemenang berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan dalam Peraturan Am.


9.0 PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

9.1 Keseluruhan kejohanan ini akan diadili oleh Pengadil-Pengadil dan Penjaga Garisan Bertauliah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.


10.0 HAL - HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

10.1 Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan – peraturan ini atau soal perbezaan taksiran hendaklah diambil tindakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan yang keputusannya adalah muktamad.

Tuesday, April 6, 2010

TINTA BENTARA PENYULUH KATA


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam satu Malaysia.

Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MSRZU 2010 yang memberikan kerjasama kepada pihak kami selaku AJK Negeri Kedah dalam bersama-sama menguruskan persiapan ke kejohanan peringkat kebangsaan ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pengarah RISDA Negeri Kedah, Negeri Perlis, Negeri Perak dan Pulau Pinang kerana buah fikiran tuan-tuan menjadi pedoman kepada pihak kami untuk meneruskan tugas-tugas ini.

Kepada semua PRD, Pegawai-pegawai kanan dan kakitangan RISDA seluruh Zon utara, Jasa baik anda untuk menyertai dan memeriahkan kontijen utara ini amat ditagih kerana anda semua adalah tulang belakang pasukan kita. PATAH SAYAP BERTONGKATKAN PARUH!!.

Walaubagaimanapun, selaku Setiausaha Kelab Sukan dan Kebudayaan Negeri Kedah (KESURIDA) yang dilantik menjadi Setiausaha Kehormat MSRZU 2010 saya dengan ini akan menyerahkan tugas-tugas kepada Penolong Setiausaha KESURIDA yang dilantik iaitu En.Mhmad Rozi Bin Shuib mulai 15 HB April 2010. Ini disebabkan pertukaran tempat bertugas.

Apapun, semoga kerjasama yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan selama ini dapat diteruskan dan saya mengharapkan yang terbaik untuk Zon Utara.


Cik Aminah Main Bola,
Abang Karim Lipat Baju,
Di tengah kita berjumpa,
Jadi teman pengubat Rindu.

Selamat Maju Jaya Zon Utara!!


MOHD AZMAN BIN HASAN
Setiausaha Kehormat MSRZU 2010
Sehingga 15 April 2010

MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN ZON UTARA

Pada 29 Mac 2010 yang lalu bertempat di PRD Larut Matang/Selama/Kerian telah berlangsung satu mesyuarat Pengurus-pengurus pasukan bagi sukan Zon Utara. Tujuan mesyuarat tersebut ialah bagi membincangkan pelaksanaan, aktiviti, penyertaan dan keperluan kewangan bagi kontijen zon utara. Antara perkara penting yang diputuskan ialah :

1. Penglibatan kakitangan baru dalam program kesukanan bagi mencungkil bakat.
2.Penganjuran lebih banyak aktiviti kesukanan bagi membentuk pasukan yang mantap.
3.Perjumpaan sukan zon di Padang rangas pada 20 dan 21 April 2010 untuk sesi pemilihan sukan zon.
4. Perubahan Pengurus Pasukan Futsal senior.

Terima kasih kepada Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang kerana memberikan banyak input berguna.

Setiausaha Kehormat MSRZU 2010

MESYUARAT MSRZU KALI 1 / 2010

Satu mesyuarat Majlis Sukan RISDA Zon Utara kali 1 / 2010 telah diadakan pada 17 Februari 2010 yang lalu bertempat di Pejabat RISDA Daerah Kulim / Bandar Bahru Kedah. Mesyuarat tersebut di hadiri oleh PRN Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis bersama delegasi negeri masing-masing. Tujuan mesyuarat tersebut ialah bagi membentuk Ahli Jawatankuasa Sukan Kebangsaan 2010 yang akan menguruskan pelaksanaan pesta Sukan RISDA yang diadakan pada tahun ini.

Pengerusi Mesyuarat merangkap Pengerusi Sukan Zon Utara pada kali ini ialah Pengarah RISDA Negeri Kedah iaitu Tn Hj Azmi Bin Mohamad.

Berikut ialah senarai ahli jawatankuasa MSRZU 2010 yang dilantik :

Perlis :

En.Marhalim Bin Hashim Pengarah RISDA Negeri Perlis
En.Hafez Bin Hamid S/Usaha Kelab Sukan Negeri Perlis
Pn.Rosaimah Bendahari Kelab Sukan Negeri Perlis
En.Razali Bin Che Man
En.Shamsudin Bin Shaari
En.Abdul Latiff bin Hj Azit

Perak :

Tn.Hj Ghazali Bin Abd Majid Pengarah RISDA Negeri Perak
NorZaharatul Aini Binti Mohd Zolkepli S/Usaha Kelab Sukan Negeri Perak
Ahmad Sharifuddin Bin Hj Abdul Ghani Bendahari Kelab Sukan Negeri Perak
Ismail Bin Jaafar
Tn.Hj.Daud Bin Kasa Peng.Ladang Serigala
En.Baharuddin Bin Jani Pengetua IKPK Pdg.Rengas
Wan Husni Bin Wan Jamal

Pulau Pinang :

En.Awiskarni Bin Zulkarnaini Pengarah RISDA Pulau Pinang
Zulhusni Bin Abu@Shaari S/u Kelab Sukan Pulau Pinang
Hj Mohd Isa Bin Saad Bendahari Kelab Sukan Pulau Pinang
Subran Bin Ahmad
Norzalili Mohd Zakaria
Syamaizal Bin Mahmud
Che Anis Zuraida Bt Zulkifli







Kedah :

Tn.Hj Azmi Bin Mohamad Pengarah RISDA Negeri Kedah
Mohd Azman Bin Hasan S/Usaha Kelab Sukan Negeri Kedah
Nek Kamal Bin Nek Harun Bendahari Kelab Sukan Negeri Kedah
En.Shahabudin Bin Hussin
En.Saidon Bin Darus
En.Suhaimi Bin Nordin
Cik Nor Syuhaida Bt Shukor Pegawai RISDA Daerah Kulim/B.Bharu
Cik Nurhaida Binti Shamsudin
Cik Nurul Aida Binti Abd Rahman

Anak-anak Syarikat dan Koperasi Pekebun Kecil :

Pengetua Kolej RISDA Pdg.Rengas
Pengurus ESPEK Bukit Kota
Pengurus Narsco Cawangan Utara
Pengurus RSSB Bukit Perak
Pengurus RPSB Cawangan Utara
Pengurus SHDC Cawangan Utara
Pengurus KPK Negeri Kedah
Pengurus KPK Negeri Perak
Pengurus KPK Negeri Perlis
Pengurus KPK Pulau Pinang

Didalam mesyuarat tersebut juga, lantikan pengurus-pengurus pasukan telah dibuat. Berikut ialah senarai pengurus-pengurus pasukan yang telah dilantik :



1En.Faizul Bin Yusuf
Perlis
Perbarisan

2En.Razali Bin Che Man
Perlis
Pasukan Sorak/Kelab Penyokong

3En.Sadeli Bin Mohamad
Perlis
Boling Padang

4En.Shamsudin Bin Saari
Perlis
Bola Sepak

5En.Latiff Bin Azit
Perlis
Bola Tampar

6En.Mohd Fuad Bin Chemali
Kedah
Ragbi

7En.Azjunaidi Bin Abidin
Kedah
Sepak Takraw

8En.Shahabudin Bin Hussin
Kedah
Bowling

9Cik Nurul Aida Bt Abd Rahman
Kedah
Futsal Veteran

10Tn.Hj Aziz Bin Ramlan
Kedah
Badminton

11En.Saidon Bin Darus
Kedah
Dart Lelaki

12Cik Nurhaida Binti Samsudin
Kedah
Dart Wanita

13Pn.Laili Husna Bt Othman
Kedah
Karrom Wanita

14En.Zulkiflee@ Jaafar Numeri
Kedah
Karrom Lelaki

15Cik Syuhaida Bt Shokur
Kedah
Batu Seremban

16Pn.Hjh Norsiah Bt Kamruzzaman
Kedah
Congkak

17Nozalili Bt Mohd Zakaria
P.Pinang
Bola Jaring

18En.Subran Bin Mohd Zakaria
P.Pinang
Pentaque

19Tn.Hj Daud Bin Kasa
Perak
Golf

20En.Wan Husni Bin Wan Jamal
Perak
Marathon

21Mohd Roswandinata Bin Haniff
Perak
Futsal Senior

22En.Ismail Bin Jaafar
Perak
Ping Pong

23En.Ahmad Sharifuddin Bin Hj Abd Ghani
Perak
Bintang RISDA

24Cik NorZaharatul Aini Bt Mohd Zolkepli
Perak
Tennis

25En.Ahmad Bin Teha
Perak
Olahraga

Tahniah di atas lantikan dan semoga Zon Utara Beroleh pencapaian yang membanggakan pada tahun ini.

Setiausaha kehormat MSRZU 2010