Wednesday, April 14, 2010

PERATURAN DART

PERATURAN PERTANDINGAN DART


1.0 PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan AM Pesta Sukan Kebangsaan RISDA Ke XV Tahun 2008.

1.2 Undang-undang permainan adalah mengikut Undang-Undang Persatuan Dart Malaysia ( MDF ).

1.3 Semua masalah dan persoalan teknikal berkaitan dengan pertandingan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Pengadil pertandingan yang telah dilantik.

1.4 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.

2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan pemain-pemain adalah tertakluk kepada senarai pendaftaran pemain yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.2 Setiap zon dibenarkan mendaftar dua ( 2 ) pasukan seperti berikut :-

2.2.1 Satu ( 1 ) pasukan lelaki.
2.2.2 Satu ( 1 ) pasukan wanita.

2.3 Setiap pasukan terdiri dari seorang Pengurus Pasukan dan tujuh ( 7 ) orang pemain.

2.4 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama pemain kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan semasa taklimat pengurus.

2.5 Senarai nama pemain hendaklah dikemukakan kepada Pengadil Pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan dengan menggunakan borang yang disediakan.

2.6 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan berkuasa menyemak Kad Pengenalan atau Kad Keselamatan pemain-pemain untuk menentukan kelayakan mereka.

2.7 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain tidak lebih dari dua ( 2 ) acara dalam setiap perlawanan iaitu acara empat sepasukan ( four-sum ) dan perseorangan atau beregu.

2.8 Pasukan yang didapati melanggar peraturan di para 2.7 di dalam sesuatu perlawanan boleh dibatalkan penyertaannya atau memberi kemenangan kepada pasukan lawannya.

3.0 TAKLIMAT PENGURUS

3.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan ( seperti yang telah dijadualkan ).

3.2 Penukaran nama pemain yang didaftarkan lebih awal boleh dibuat semasa taklimat pengurus pasukan. Selepas taklimat tersebut, sebarang permintaan penukaran atau pindaan pemain tidak dibenarkan.

4.0 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

4.1 Setiap pertandingan berpasukan ini akan terbahagi kepada acara dan susunan perlawanan seperti berikut :-

4.1.1 Empat Sepasukan ( Four-Sum )
4.1.2 Perseorangan 1
4.1.3 Beregu 1
4.1.4 Perseorangan 2
4.1.5 Beregu 2


5.0 PERATURAN PERMAINAN

5.1 Mata permulaan untuk pertandingan ini adalah seperti berikut :-

Permainan Lelaki Wanita

5.1.1 Empat Sepasukan (Four Sum) 1001 mata 501 mata
5.1.2 Perseorangan 501 mata 301 mata
5.1.3 Beregu 501 mata 301 mata


5.2 Permainan dijalankan secara Flying Start

5.3 Permainan dikira tamat apabila baki stor adalah sama dengan skor ganda dua ( double ) dari terakhir mana-mana pasukan atau Bull eye baki skor 50 markah ( dikira sebagai ganda dua 25 )

5.4 Ketika membuat balingan dart, pemain berkenaan hendaklah :-

5.4.1 Tidak melebihi garis tanda disediakan
5.4.2 Tidak membaling dart sambil berjalan
5.4.3 Memastikan kedua-dua kaki mencecah lantai. Salah satu tapak kaki hendaklah melekap penuh di latas antai

5.5 Perkiraan mata akan dibuat selepas balingan dart yang ketiga dan pengadil akan mengumumkan jumlah ketiga-tiga dart tersebut. Sekiranya terdapat dart yang terjatuh sebelum pengumuman oleh pengadil, dart yang terjatuh itu tidak akan membawa sebarang mata.

5.6 Jika skor balingan melebihi baki skor, maka mata balingan itu tidak dikira dan baki skor adalah sepertimana sebelum lbalingan.

5.7 Bagi acara wanita, jika skor kedua-dua pemain adalah 2 ( Mad House ), setiap pemain akan diberi peluang 3 pusingan balingan ( maksima 3 dart ). Jika masih tidak tamat, setiap pemain akan diberi 1 balingan ( 1 dart ) Bull Eye. Balingan yang tepat atau paling hampir akan dikira menang.


6.0 MENARIK DIRI ( WALK OVER )

6.1 Pasukan yang terlewat 15 minit daripada masa yang telah dijadualkan akan dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawan.

6.2 Menarik diri ( Walk Over ) tidak dibenarkan. Jika berlaku, maka pasukan/pemain yang berkenaan akan dihukum sebagai menarik diri daripada keseluruhan pertandingan ini.

6.3 Keputusan-keputusan pertandingan yang terdahulu tidak diambil kira bagi pasukan yang menarik diri.

6.4 Jika seseorang pemain gagal menghadiri ke tempat permainan lima ( 5 ) minit selepas panggilan kedua diumumkan maka perlawanannya dianggap kemenangan bagi pihak lawan.

6.5 Jadual pertandingan/perlawanan tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, pasukan-pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengetahui jadual dan masa pertandingan/perlawanan daripada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

7.0 SYARAT-SYARAT LAIN

7.1 Pengurus pasukan hendaklah memastikan pasukannya mempunyai Dart Set yang mencukupi.

7.2 Pemain dibenarkan menggunakan Dart Set sendiri tetapi tidak dibenarkan menukar dart semasa pertandingan dijalankan kecuali atas sebab-sebab munasabah dengan kebenaran pengadil bertugas.

7.3 Pemain tidak dibenarkan menguji dart semasa permainan sedang dijalankan.

7.4 Pemain-pemain juga dilarang bercakap atau meminta nasihat penyokong/penonton semasa permainan dijalankan.

7.5 Pemain-pemain juga dilarang mengganggu konsenstrasi lawan dengan apa cara sekalipun semasa permainan dijalankan.

7.6 Dalam acara Empat Sepasukan ( Four Sum ) dan beregu, perbincangan dengan pasangan adalah dibenarkan hanya apabila tiba giliran pasangan tersebut.

7.7 Pemain dibenarkan membuat pertanyaan ke atas jumlah mata balingan ( score ) dan baki mata daripada pengadil perlawanan.

7.8 Setiap pemain hendaklah berpakaian kemas. Pemain dibolehkan untuk memakai seluar slack dan T-Shirt berkolar mengikut warna pasukan masing-masing. Pemain tidak dibenarkan memakai ‘seluar jeans dan selipar’ sepanjang perlawanan berlangsung.

7.9 Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan tempat pertandingan tanpa mendapat kebenaran pengadil bertugas terlebih dahulu.

7.10 Semasa perlawanan, minuman adalah tidak dibenarkan kecuali dengan mendapat kebenaran pengadil bertugas terlebih dahulu.

7.11 Segala masalah semasa pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada pengadil bertugas.

7.12 Dalam set balingan terakhir ( balingan double ), ‘advantage’ akan diberi kepada pihak lawan sekiranya balingan tersebut melebihi baki jumlah mata akhir dan balingan itu dikira batal.

7.13 Keputusan pengadil adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment